Tugas Mencabar Sharzizi Galas Tanggungjawab Barisan Hadapan Negara

Sharzizi Azmi

Tatkala pemain lain kekal bersama keluarga di rumah, lain pula ceritanya buat pemain pertahanan pasukan Liga M3, Armed Forces FC (AFFC), Sharzizi Azmi yang berkorban masa demi berkhidmat untuk negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan wabak COVID-19.

Sharzizi Azmi adalah salah seorang daripada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertanggungjawab untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh PKP di Kuala Lumpur.

Paling mencabar buat pemain berusia 35 tahun itu bukanlah daripada segi tugas, tetapi daripada aspek masa bersama keluarga apabila isterinya, Jasmalinda Mohamed juga merupakan barisan hadapan negara yang bertugas sebagai jururawat.

Sudah pasti, ia satu cabaran yang berat untuk Sharzizi sebagai ketua keluarga kerana masa yang ada bersama anak-anak begitu terhad tatkala isterinya juga sedang berjuang untuk rakyat Malaysia di hospital.

“Betul, isteri saya merupakan seorang jururawat dan dia juga jarang berada di rumah, jadi masa yang ada antara kami sekeluarga memang tidak banyak.

“Tetapi tugas harus dilaksanakan dan kami berdua memahami tanggungjawab masing-masing untuk rakyat Malaysia bagi mengatasi wabak ini.

“Setakat ini, anggota tentera yang bertugas tiada masalah dalam membantu pihak PDRM dan tiada lagi isu-isu terlampau besar
membabitkan orang awam yang perlu kita ambil tindakan berat.

“Cuma, tahap kedegilan tu masih ada dan baik PDRM dan kami sendiri perlu bertegas untuk mereka semua ini tidak keluar rumah sesuka hati,” jelasnya.

Sudah pasti, Sharzizi bersama rakan sepasukan lain rindu untuk beraksi di padang apatah lagi AFFC ketika ini memulakan saingan dengan baik untuk berada di tangga kedua liga selepas dua perlawanan.

Justeru, dia enggan pencapaian yang diraih terhenti setakat itu sahaja dan mengharapkan agar semua pihak dapat bekerjasama dalam usaha menangani wabak COVIF-19 ini.

“Kalau kita sama-sama terus kuat lawan wabak ini, saya percaya semuanya akan pulih dengan segera dan semua pasukan dapat kembali beraksi.

“Sekarang pun kami di tangga kedua, jadi ia tidak patahkan semangat kami untuk terus beraksi cemerlang selepas ini, cuma yang penting sekarang adalah kesihatan dan keselamatan semua orang,” katanya.

Kuala Lumpur Rovers kekal di tangga teratas liga amatur Liga M3 dengan perbezaan dua mata untuk meletakkan AFFC di tempat kedua manakala Langkawi City FC di kedudukan ketiga.

Semua saingan domestik ditangguhkan oleh Malaysian Football League (MFL) sejak 16 Mac lalu akibat wabak COVID-19 termasuk Liga M3 dibawah kelolaan Amateur Football League (AFL).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN