Tuchel Tidak Pasti, Tetapi Neymar Mungkin Akan Kembali Beraksi Untuk PSG

neymar

Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel berkata Neymar berkemungkinan akan kembali menyarung jersi kelab tersebut untuk perlawanan Ligue 1 menentang Toulose pada Ahad jika tiada perubahan kepada situasi perpindahan pemain itu.

Pemain antarabangsa Brazil itu menghantar permohonan pincah pada Julai dan dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Parc des Princes sepanjang jendela musim panas ini. Barcelona dan Real Madrid adalah destinasi pilihan untuk Neymar.

Setelah pemain itu gagal melaporkan diri pada hari pertama latihan pra musim, hubungan beliau bersama PSG menjadi semakin parah sehingga dilihat sebagai tiada lagi penyelesaian.

Namum sejak beberapa minggu yang lalu, hubungan kedua-dua pihak bertambah baik, dan penyerang itu sudah memulakan latihan penuh bersama skuad utama.

“Neymar berada pada keadaan baik. Beliau kini semakin cergas. Beliau berlatih pada intensiti dan kualiti tinggi pada minggu ini.” ujar Tuchel.

“Tetapi kisah beliau dan kelab kekal sama setiap hari. Jika situasi beliau bersama kelab ini tidak jelas, maka beliau tidak akan beraksi. Tetapi ia mungkin semakin jelas esok, dan Neymar akan beraksi.

“Ada kala situasi ini sedikit menganggu kerana ia tidak membantu pasukan.

“Tetapi begitulah bola sepak pada hari ini, kerana pemain seperti Neymar akan sentiasa mendapat perhatian. Semua orang di kelab ini sudah biasa dengan keadaan ini.”

Barcelona dijangka akan menawarkan pakej untuk mendapatkan pemain tersebut secara pinjaman dari PSG, dengan pilihan untuk membeli kembali pemain yang pergi dengan nilai rekod dunia £200 juta hanya dua tahun lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN