Tuchel: “Selepas Kalah, Janganlah Bergaduh Dengan Penonton, Itu Tak Betul”

Thomas Tuchel mengkritik tindakan Neymar ketika megambil pingat Naib Juara Piala Perancis.

PSG tewas di tangan Rennes menerusi penentuan sepakan penalti. Ini selepas perlawanan berkesudahan 2-2.

Ketika majlis penyerahan pingat – seorang penyokong dari Nantes telah merakam aksi Neymar. Rakaman tersebut memaparkan aksi seorang penyokong yang menyakat Neymar.

Neymar yang bengang terus berkofrontasi dengan lelaki itu. Neymar kemudian menyerang beliau dengan menumbuk mukanya.

Tuchel mendapat tahu insiden itu yang tular di media sosial itu selepas diberitahu oleh pegawai beliau. Ternyata pengendali PSG itu sangat kecewa dengan apa yang berlaku.

Tuchel berkata: “Saya tidak sukakannya. Kamu tidak boleh berbuat demikian. Saya tidak nampak insiden itu ketika kejadian. Saya mendapat tahu selepas ada orang malumkan kepada saya.”

“Bukan mudah nak naik tangga itu selepas kekalahan. Ianya juga sukar bagi saya, dan semua orang. Namun kita harus menerima hakikat.”

“Jika kita kalah, tunjukkan sedikit rasa hormat kita. Kamu tidak boleh bergaduh dengan penonton.”

Neymar kini menunggu hukuman daripada badan bola sepak Perancis. Sebelum ini beliau digantung 3 perlawanan oleh UEFA kerana komen jelik ke atas pengadil di media sosial.

Kesalahan menyerang penyokong ini agak berat. Beliau boleh dikenakan denda dan penggantungan sehingga 8 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN