Tuchel Bangga Komitmen Anak Buah, Anggap Keputusan UEFA Tidak Masuk Akal

Thomas Tuchel berkata, beliau terkejut dengan keputusan UEFA menangguhkan perlawanan suku akhir UCL hanya untuk 24 jam selepas letupan bom di hotel kelmarin.

Letupan itu yang membuatkan Marc Bartra tercedera ringan di pergelangan selepas ia ada impak kepada bas pasukan Borussia Dortmund.

Selepas pengumuman UEFA itu dibuat, laman-laman rasmi pro-Dortmund dan juga beberapa media lain mengecam tindakan UEFA yang dianggap tidak sensitif.

Nuri Sahin antara pemain yang mengakui dia tidak memikirkan langsung pasal bola sepak sehinggalah Tuchel mengarahkan beliau masuk padang.

Mereka masih dalam keadan terkejut kerana kejadian itu. Sahin bersyukur yang semua mereka selamat. Beliau balik ke rumah selepas kejadian bom itu dengan rasa sangat sebak.

Memikirkan, apa akan jadi jika beliau tidak boleh balik ke rumah lagi.

Thomas Tuchel melabel keputusan UEFA itu sebagai tidak masuk akal. Di kala pemain-pemain beliau masih terkejut dan dengan kejadian itu, mereka dipaksa bermain bola sepak.

Tuchel berbangga dengan semangat juang pemain-pemain beliau di sebalik tekanan yang mereka hadapi selepas kejadian tersebut.

UEFA seharusnya menangguhkan perlawanan lebih lama bukannya hanya 24 jam daripada kejadian tersebut. Tuchel berkata kepada sidang media selepas perlawanan:

“Situasi ini tidak masuk akal! Kami hanya ada 15 pemain yang boleh disenaraikan dalam perlawanan ini. Kami memerlukan sedikit masa untuk bertenang selepas kejadian tersebut.

“Kami tidak ada masa langsung untuknya. Kami terpaksa lupakan benda lain hanya kerana memikirkan hari ini kami ada perlawanan bola sepak.”

“Pada sebelah petang kami terpaksa memberikan kata-kata semangat kepada pemain untuk bermain bola sepak.”

“Beberapa minit selepas serangan itu, mereka hanya bertanya satu soalan, sama ada kami boleh bermain atau tidak?

“Kami dilayan seperti kami semalam hanya dalam situasi di mana bas kami dibaling tin bir.”

Tuchel memuji aksi anak-anak buah beliau di dalam perlawanan ini meskipun masih terkejut dengan kejadian bom tersebut.

“Saya sangat sukakan babak kedua. Separuh pertama kami tidak cukup pantas. Kami juga terpaksa menelan kepahitan di dalam perlawanan ini.”

“Gol pertama (Monaco) adalah ofsaid, anda boleh reviu kembali. Secara kesimpulannya anda boleh katakan ada 2 gol sendiri dan penalti yang tidak memihak kepada kami hari ini.”

“Segala yang berlaku seperti serba tak kena untuk kami.”

“Tetapi, apa yang kami tunjukkan hari ini adalah keberanian kami untuk bermain dalam perlawanan ini.”

Dortmund tewas 2-3 di tangan AS Monaco dalam perlawanan suku akhir pertama UCL.

Baca juga: Highlight: Borussia Dortmund 2 Monaco 3, Mbappe Jaringkan 2 Gol!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN