Thomas Tuchel mengakui Paris Saint-Germain (PSG) merindui kelibat Neymar selepas kekalahan mengejutkan kepada Rennes, dan berkata bintang Brazil itu tidak wajar pergi melainkan pengganti boleh dibawa masuk.
Neymar terus tidak bersama skuad PSG dalam perlawanan Ligue 1 yang menyaksikan mereka ditewaskan 2-1 oleh Rennes, dalam perlawanan pertama di tempat lawan pada musim ini.
Penyerang berusia 27 tahun itu dikatakan masih berusaha untuk pulih sepenuhnya dari kecederaan buku lali yang menyebabkan beliau tidak beraksi sejak Julai lalu.
FULL TIME #SRFCPSG pic.twitter.com/OZtVkcYfl2
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) August 18, 2019
Namun demikian, masa depan pemain tersebut terus menjadi tanda tanya dengan Real Madrid dan Barcelona dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan pemain itu.
Selepas menyaksikan anak buahnya bergelut dengan kreativiti dalam perlawanan menentang Rennes, Tuchel kemudiannya bertegas agar pemain itu dikekalkan bersama PSG pada musim ini.
“Beliau [Neymar] tidak akan pergi tanpa pengganti, ianya mustahil,” ujar Tuchel kepada media selepas perlawanan.
“Ia sangat jelas bahawa [PSG] akan mempunyai seorang pemain yang boleh membantu pasukan untuk menang jika Neymar dikekalkan.
Who could possibly replace Neymar? ?
?️ “He will not leave without recruitment, it is not possible. It’s clear – if he stays, we will have a player who will help us win.” – PSG coach Thomas Tuchel on the future of Neymar. pic.twitter.com/7haPlC0pL7
— Goal (@goal) August 19, 2019
“Kami kekurangan aspek kepantasan. Ada situasi [isu] ketika ruang dibuka, dan kami tidak cukup tajam [untuk eksploitasi].”
Ketika bercakap kepada Canal+, Tuchel dipetik sebagai berkata:
“Saya sentiasa berkata perkara yang sama. Jendela perpindahan akan terus terbuka lebih dari 10 hari, dan anda berpendapat ia boleh diselesaikan hari ini atau esok?
“Apa yang saya fikirkan tidak penting. Hari ini pemain ini tidak beraksi kerana tidak menjalani latihan seperti yang lain lakukan. Demikianlah situasinya, dan tidak ada apa yang berubah setakat ini.”