Tuchel Beri Neymar Rehat Sebelum Berhadapan Liverpool

Neymar mungkin tidak akan beraksi untuk Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan Ligue 1 menentang Saint-Etienne pada awal pagi nanti.

Ini kerana pengurus PSG, Thomas Tuchel mahukan pemain itu tampil lebih bersedia dan segar untuk perlawanan UEFA Champions League menentang Liverpool pada pertengahan minggu hadapan.

. (Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

Bintang dan juga kapten Brazil itu menyerlah dalam dua perlawanan persahabatan untuk negaranya, ketika berhadapan Amerika Syarikat dan El Salvador baru-baru ini.

Neymar turut menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

Neymar sekarang sudah menjaringkan gol dalam enam perlawanan berturut-turut untuk kelab dan negaranya.

Namun Tuchel tetap membayangkan penyerang berusia 26 tahun itu mungkin direhatkan dalam perlawanan menentang Saint-Ettienne untuk tampil lebih segar di Anfield pada Selasa hadapan.

Neymar
(Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

“Satu-satunya masalah ialah, apakah risiko untuk Neymar dalam perlawanan esok?

“Bolehkah beliau bermain 90 minit atau kurang, dan masih tidak memberikan fokus kepada perlawanan menentang Liverpool?

“Beliau telah beraksi dalam perlawanan pada Rabu malam, kemudian perlu terbang, dan jet lag, dan kembali ke sini. Perkara sama juga berlaku kepada Marquinhos.

“Saya gemar melihat Neymar menggelecek. Tetapipada pandangan saya ia adalah tanggungjawab kami untuk memastikan Neymar beraksi pada tahap terbaik.

“Ia adalah keputusan yang kolektif. Neymar telah menyesuaikan diri dengan cepat, tetapi adakalanya beliau risaukan pasukan ini dan tidak memberikan fokus kepada permainannya.

(Photo credit should read ANNE-CHRISTINE POUJOULAT/AFP/Getty Images)

Walaupun mungkin beraksi tanpa Neymar pada Jumaat nanti, Tuchel menerima berita gembira dengan kepulangan Marco Verratti.

“Ia penting sekali untuk memiliki pemain dengan kualiti seperti Marco. Ia juga penting beliau sihat dan cergas. Beliau harus berusaha untuk kekal cegas.

“Marco memiliki kualiti luar biasa. Beliau boleh memberikan kelainan di bahagian tengah. Marco adalah pemain yang berani dan sentiasa mahu mendapatkan bola.

“Kerana itu Marco sangat penting untuk pasukan ini,” ujar Tuchel lagi.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN