Pengurus Chelsea Thomas Tuchel percaya pasukan kendaliannya sememangnya berhak untuk membawa pulang satu mata menentang Liverpool pada malam tadi selepas perlawanan itu ‘dirosakkan’ oleh kad merah awal yang dilayangkan pengadil.
Chelsea mendahului pada minit ke-22 selepas aksi menarik kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Gol pertama perlawanan dari Kai Havertz itu adalah hasil dari sepakan sudut yang diambil oleh Reece James.
Hantaran bek kanan England itu ke bahagian hadapan gawang ditanduk ke belakang oleh Kai Havertz, untuk bola melambung masuk menewaskan penjaga gol terbaik dunia, Alisson yang terkapai-kapai.
Very frustrating to get sent off. But what a shift from the lads in the second half. Thanks for all your support. KTBFFH pic.twitter.com/xoWqQVvYv5
— Reece James (@ReeceJames) August 28, 2021
Aksi itu adalah sebelum bermulanya kekecohan pada minit akhir babak pertama perlawanan. James dilayangkan kad merah selepas berlaku pergelutan di hadapan gawang Chelsea, dan pemain itu didakwa menggunakan tangan untuk mengeluarkan bola.
Selepas semakan oleh VAR dilakukan, pemain itu terus mendapat arahan keluar padang oleh pengadil perlawanan Anthony Taylor, yang turut memberikan penalti kepada Liverpool.
Penyerang antarabangsa Mesir dan pakar penalti The Reds, Mohamed Salah tidak mensia-siakan peluang merembat kencang untuk menjadikan kedudukan 1-1.
Liverpool cuba memburu gol kemenangan pada babak kedua, namun dikecewakan oleh barisan pertahanan Chelsea. Sebaliknya The Blues yang bertambah yakin dan hampir memberikan masalah kepada Liverpool pada babak akhir perlawanan.
🚨 SCENES 🚨
Reece James is sent off for handball on the line after a lengthy VAR review – Mo Salah fires Liverpool level from the spot
📺 Watch #LIVCHE on Sky Sports PL pic.twitter.com/rbeLvqHOUq
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) August 28, 2021
Akhirnya kedua-dua pasukan terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1, dan kini masing-masing turut memiliki tujuh mata dari tiga perlawanan Premier League.
Bercakap kepada BBC, Tuchel memuji kekentalan yang ditampilkan anak buahnya ketika berhadapan Liverpool.
“Kad merah tersebut – saya tidak berapa pasti sama ada ia ada di dalam peraturan atau tidak. Anda harus menerima keputusan. Pengadil mungkin mengubah pendirian jika gambaran melalui video.
“Akhirnya ia tetap kekal sama. Saya tidak sukakan kad merah pada awal perlawanan kerana ia merosakkan perlawanan. Dan hasilnya ia adalah perlawanan yang amat sukar. Kami menunjukkan kekentalan dan layak mendapat satu mata.
45+3: VAR awards Liverpool a penalty
45+3: Chelsea’s Reece James sent off
45+4: Salah makes it 1-1 from the spot.THIS GAME 🔥 pic.twitter.com/siLcTFXWh4
— B/R Football (@brfootball) August 28, 2021
“Kami memutuskan untuk bertahan menggunakan lima pemain di belakang. Kami mahu kekal aktif dan membuatkan ia sukar untuk lawan mencari ruang. 10 minit pertama perasaannya begitu laa. Lima minit terakhir saya berdoa kami mampu mendapatkan mata selayaknya kami perolehi. Ia amat sukar, tetapi kami bertahan dengan baik pada babak kedua.”
Kapten Chelsea juga berpendapat kad merah yang dilayangkan kepada James agak melampau.
“Saya rasa kasihan dengan Reece. Pengadil mendapat nasihat dari VAR untuk memberikan kad merah. Dia pergi ke arah skrin dan menonton satu ulang tayang sahaja.
“Kami menerima dua hukuman, kad merah dan juga penalti – dan dua lagi kad kuning kerana insiden yang sama. Kami amat marah. Tetapi sebagai sebuah pasukan anda harus bertenang dan cari kaedah untuk bangkit sebagai satu pasukan. Itulah yang kami lakukan dan turut memperolehi dua peluang terbaik pada babak kedua.”