Pengurus Paris St-Germain (PSG), Thomas Tuchel menyatakan terlalu sukar untuk melihat Neymar bermain menentang Man. United dalam perlawanan pertama peringkat 16 terakhir UCL.
Tuchel berkata demikian selepas wartawan bertanya sama ada Neymar mungkin boleh kembali lebih awal?
Tuchel menggelar situasi Neymar menentang Man. United sebagai ‘super difficult’. Perlawanan pertama di antara Man. United dan PSG akan berlangsung pada 12 Februari hadapan. Manakala timbal balik adalah pada 6 Mac.
Tuchel masih belum dapat laporan akhir tentang tarikh Neymar bakal kembali. Beliau menyatakan: “Masih awal untuk mengetahui tarih Ney (Neymar) untuk kembali. Ini kerana kita perlu melihat cara Ney memberikan reaksi kepada rawatan.”
Tuchel mengesahkan bahawa Neymar mengalami kecederaan di bahagian metatarsal. Kecederaan yang sama dihadapi beliau sebelum ini – malah sudah beberapa kali ianya berulang. Neymar menjalani pembedahan pada Mac 2018 kerana kecederaan tersebut.
Musim lalu, Neymar terlepas 3 aksi UCL pasukannya termasuk kekalahan di tangan Real Madrid. Namun Neymar mengagumkan semua pihak kerana berjaya cergas dalam aksi Piala Dunia 2018.
Tuchel menambah: “Saya tidak dapat memberikan kamu maklumat diagnosis beliau. Kerana ianya masih dalam penilaian. Saya rasa kelab sudah memberitahu segala maklumat yang ada tentang kecederaan Neymar. Dan buat masa ini, sama-samalah kita menunggu.”
Doktor pasukan Brazil, Rodrigo Lasmar dijadualkan tiba hari ini untuk merawat Neymar.