Tuan rumah Piala Dunia 2018, Russia didenda 30,000 Swiss francs (RM119,568) berikutan sorakan berunsur diskriminasi perkauman yang dilaungkan peminatnya, kata Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), kelmarin.
Insiden membabitkan sorakan itu ditujukan kepada pemain Perancis ketika perlawanan persahabatan antarabangsa membabitkan kedua-dua pasukan di St Petersburg pada Mac lalu.
Seorang jurugambar Reuters yang berada di kawasan berdekatan padang mendengar sorakan seperti bunyi monyet ditujukan kepada pemain Perancis sebanyak beberapa kali yang menyaksikan tuan rumah mencatat kekalahan 1-3.
Ia termasuk apabila pemain tengah, N’Golo Kante datang ke garisan tepi padang untuk membuat balingan.
FIFA berkata pihaknya sudah melakukan “siasatan menyeluruh” terhadap bukti membabitkan video perlawanan sebelum membuat keputusan berkenaan.
FIFA fines World Cup host Russia for racist chants by local fans in a game against France https://t.co/VqtkXyYxq9 pic.twitter.com/EBGHKbNeq9
— Bloomberg (@business) May 9, 2018
Badan induk itu berkata insiden itu dianggap berat tetapi menambah ia hanya membabitkan sebahagian kecil peminat.
Kesatuan Bolasepak Russia (RFU) menerusi inspektor anti diskriminasi, Alexei Smertin ketika diajukan soalan oleh Reuters mengenai insiden berkenaan enggan memberi komen.
https://twitter.com/jellingworth/status/993856733494865922
Russia sebelum ini sudah berjanji untuk membanteras insiden membabitkan perkauman menjelang Piala Dunia yang bermula bulan depan membabitkan 11 bandaraya di negara berkenaan termasuk Moscow, St Petersburg dan Sochi.
FIFA dalam satu kenyataan berkata mereka akan menggunakan tiga langkah prosedur di Piala Dunia bagi menangani insiden membabitkan perkauman termasuk memberikan pengadil kuasa untuk menghentikan perlawanan