Dalam kenyataan terbaru Tan Sri Annuar Musa (TSAM), beliau nyata berang dengan tindakan sekatan yang dikenakan FMLLP ke atas Kelantan untuk mendaftarkan Seydi menggantikan Celin.
Sebelum ini FMLLP mengenakan sekatan perpindahan masuk pemain import baru selepas Bakr ke dalam skuad Kelantan.
TSAM menuduh FMLLP tidak konsisten di dalam dasar dan regulasi mereka dalam pengurusan liga. Berikut adalah kenyataan TSAM.
TSAM: FMLLP Penipu!
“Semakin jelas auta (peniupan) FMLLP. Baru baru ini mereka keluarkan kenyataan bahawa sekatan kepada KAFA kerana isu tunggakan gaji.”
“Dan pendaftaran baru hanya boleh di benar kalau ia tidak melibatkan kos tambahan.”
TSAM kemudiannya mempersoalkan tindakan FMLLP yang dilihat berat sebelah kepada JDT.
“Semalam mereka beri alasan hasil perpindahan (Ghaddar) tidak dibelanjakan untuk selesaikan masalah (hutang) tanpa mereka siasat terlebih dahulu.”
“Hari ini lain pula ceritanya. Ianya kerana tidak melengkapkan dokumen pendaftaran pula.”
“Kalau itu alasannya, kenapa Abou Bakr boleh didaftarkan?
“Adakah ia kerana perintah JDT dan untuk JDT miliki Ghaddar. Maka budi bicara boleh pula di gunakan?”
“Budi bicara siapa? Diputuskan dalam mesyuarat mana? Mana minitnya?”
“Ataupun (ia ditentukan) kuasa individu?”
TSAM minta perpindahan Ghaddar dan Bakr dikaji balik
TSAM kemudian mempersoalkan, kenapa perpindahan Ghaddar dan Bakr dibolehkan? Beliau berkata:
“Sekiranya sekatan yang belum KAFA lepasi (syarat), sila batalkan (juga) perpindahan Ghaddar dan Bakr. Ini kerana undang undang mesti jelas dan konsisten.”
“Dalam mesej (kenyataan) JDT jelas menyebut perpindahan Ghaddar yang bersifat menang-menang (win-win situation) supaya KAFA boleh membeli pemain baru.”
FMLLP hanya kuda tunggangan?
“Sekarang yang mana satu betul? Sekarang ada claim yang menyatakan FMLLLP menggunakan budi bicara.”
“Kalau begitu apa yang menghalang FMLLP menggunakan budi bicara apabila Seydi menggantikan Celin yang cedera dan tidak cergas.”
“FMLLP mahu KAFA buang duit atau cari duit?.. atau FMLLP hanya kuda tunggangan? Seperti yang pernah ditulis oleh seseorang yang berpengaruh dalam bola sepak dalam FB beliau satu ketika dahulu.”
Akhir sekali, TSAM menuntut agar FMLLP menjawab persoalan yang dibangkitkan beliau kali ini. TSAM juga melabel FMLLP adalah organisasi yang harus diajar.
“Sila beri penjelasan once and for all. Atau FMLLP yang harus didisiplinkan? Sudahlah gagal mendapatkan bayarang dari MP Silva (penyiaran) dan gagal memberikan apa yang dijanjikan kepada pasukan.
Kini menguruskan perlawanan ikut budi bicara sendiri. Ke mana FMLLP mahu membawa Liga Malaysia?