TSAM: “Seydi L’ Imam Dapat Sijil ITC, KAFA Akan Kurangkan Kos Gantikan Celin”

Tan Sri Annuar Musa memberitahu kepada umum yang beliau diberitahu oleh KAFA bahawa Seydi L’ Imam kini sudah mendapat sijil perpindahan antarabangsa (ITC).

KAFA terdesak untuk mendaftarkan ‘gandingan’ Bako itu ke dalam pasukan. Ini selepas Celin dilaporkan tidak cergas untuk meneruskan aksi beliau bersama pasukan The Red Warriors.

Khidmat Seydi ditagih kerana beliau boleh membantu untuk mempertajamkan lagi barisan serangan pasukan Kelantan. Seydi seorang penyerang prolifik di Liga Kuwait.

KAFA kini menunggu lampu hijau daripada FAM untuk membenarkan pemain tersebut untuk menggantikan Celin.

Kelantan sebelum ini berhadapan dengan pelbagai isu dokumentasi di dalam pendaftaran pemain yang menyebabkan mereka dihalang untuk mendaftarkan pemain import baru.

Minggu lalu wakil KAFA yang diketuai Datuk Afandi Hamzah datang bertemu dengan pihak FMLLP untuk mendapatkan kepastian apakah piawaian yang dimahukan oleh FMLLP dalam mendaftarkan pemain import baru.

Namun kali ini TSAM kelihatan yakin mereka akan dapat mendaftarkan Seydi ke dalam pasukan mereka sebelum jendela perpindahan ditutup.

Selain daripada menggantikan Celin, Tan Sri Annuar Musa yakin langkah ini dapat mengurangkan kos operasi pasukan Kelantan.

Seterusnya KAFA juga akan mengambil langkah pro-aktif untuk mencari pasukan yang mahu meminjam beberapa pemain mereka. Menurut Tan Sri Annuar Musa:

“Pertukaran ini akan mengecilkan lagi kos KAFA. Selain daripada itu, KAFA meminjamkan beberapa pemain ke pasukan lain utk mengurangkan tanggungan. Semoga semua berjalan lancar.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN