Tan Sri Annuar Musa Dan Segelintir Penyokong Kelantan Kecewa Dengan Pengadil

Segelintir penyokong Kelantan dan juga bekas Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa kecewa dengan pengadil perlawanan Liga Super perlawanan ke-9 di antara Kelantan dan JDT.

Kelantan tewas 2-3 di tangan JDT selepas mendahului 2 gol pada awal 15 minit perlawanan. Namun Kelantan gagal mempertahankan pendahuluan 2 gol tersebut.

JDT bangkit dalam tempoh 10 minit hasil jaringan Safiq Rahim dan Gabriel Guerra masing-masing menjaringkan gol minit ke-19 dan ke-29.

Guerra menyempurnakan penalti selepas Danso menarik Cabrerra di dalam kotak penalti. Ini antara insiden membuatkan beberapa penyokong Kelantan tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.

Pada minit ke-30 iaitu seminit selepas jaringan Guerra, Gonzalo Cabrerra menjaringkan gol kemenangan untuk JDT.

Mereka juga tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil yang dilihat tidak memihak kepada mereka.

Penyokong Kelantan semakin panas apabila Mohd Qayyum telah dilayangkan kad merah kerana menarik baju Gabriel Guerra pada minit ke-75.

Tamat perlawanan, JDT menang 2-3. Sekaligus memberikan kekalahan ke-2 berturut-turut untuk Kelantan.

Ini juga meneruskan kempen suram Kelantan di tempat sendiri setakat ini. Mereka tewas 4 daripada 5 perlawanan Liga Super di tempat sendiri.

Penyokong dan TSAM tak puas hati!

Segelintir penyokong Kelantan nyata tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan. Mereka telah berkumpul di luar stadium untuk membantah corak pengadilan.

Mereka mulai menyorak pengadil dengan sorakan sinikal ‘ref gilo’ (pengadil gila).

https://www.youtube.com/watch?v=whBkpDlALUs

Namun unit FRU berjaya menyuraikan perhimpunan tersebut untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Selain daripada penyokong yang panas di luar stadium, bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa juga telah memberikan sindiran kepada pengadil di akaun sosial beliau.

Dalam status beliau selepas perlawanan semalam, Tan Sri Annuar mengucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan. Mereka bukan tewas kepada JDT tetapi sebaliknya tewas di tangan pengadil.

*Kredit foto dan video: Utusan Online

Baca juga: JDT Terajui Liga Super Selepas Benam Kelantan 2-3 Di Kota Bharu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN