TSAM Dan KAFA Tekad Langsaikan Hutang, Penuhi Syarat FMLLP Elak Tersingkir Liga Super

Penasihat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (gambar bawah) memberi jaminan untuk menyelesaikan segala tunggakan berkaitan gaji pemain menjelang akhir tahun ini.

Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata demikian di dalam Majlis Sambutan Aidilfitri di kediaaman beliau di Sri Puri, Bukit Marak, Kelantan semalam.

Ketika bercakap kepada wartawan, beliau memberi jaminan penyelesaian hutang gaji pemain menjelang Disember akan datang bagi memenuhi syarat dan tuntutan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLLP).

Ini adalah untuk memastikan pasukan The Red Warriors (TRW) terus kekal bersaing di Liga Super dan tidak diturunkan ke Liga Perdana disebabkan kegagalan membayar gaji pemain.

Tan Sri Annuar Musa berkata pihak KAFA akan mengambil dua pendekatan untuk menyelesaikan kemelut ini.

Langkah pertama ialah mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan hutang bersama agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Photo by Kamarul Akhir / www.asiana.my

Berkaitan hutang kepada KWSP dan agensi kerajaan yang berkaitan, Tan Sri Annuar Musa dipetik sebagai berkata:

“Tunggakan hutang pada KWSP sebanyak RM300,000 dan hutang agensi kerajaan kita sudah bincang. Saya bagi komitmen hutang pada 2016 dan kita akan bereskan,” ujar beliau.

Selain daripada itu, KAFA turut akan mengambil langkah mengatur jadual bayaran balik gaji pemain supaya hutang mereka dapat diselesaikan seperti yang dikehendaki oleh FMLLP.

Untuk tujuan ini, KAFA akan mendapatkan persetujuan pemain terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.

Selain daripada Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa juga merupakan antara penaja utama bagi skuad TRW pada musim ini.

Tatkala pihak KAFA sedang merencana strategi terbaik untuk melangsaikan segala hutang, Tan Sri Annuar Musa mengharapkan pihak FMLLP mempermudahkan pendaftaran Seydi L’Imam sebagai pemain import baharu pasukan itu.

Pihak FMLLP dan KAFA bertemu di Damansara Perdana. Gambar: FMLLP

“Kehadiran Imam sangat penting bagi memantapkan jentera pasukan TRW.”

“Saya akan usaha berhabis-habisan supaya Kelantan kekal di Liga Super dan tidak turun ke Liga Perdana,” katanya.

Di sebalik kesungguhan Tan Sri Annuar Musa dan KAFA untuk melangsaikan segala hutang pemain, tidak dapat dipastikan sama ada ia turut melibatkan tunggakan gaji/pampasan terhadap bekas pengendali, Velizar Popov dan juga bekas pemain import, Jonathan McKain yang telah tertangguh sekian lama.

Sumber:

1. Nor Amalina Alias, Berita Harian (2017): KAFA janji bayar hutang dalam tempoh 6 bulan;
http://www.bharian.com.my/node/296581

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN