TSAM Sedia Bantu KAFA Dari Segi Kewangan Dapatkan Pemain Import Baru

Di sebalik dengan kesibukan musim pilihanraya, bekas Presiden dan Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa tetap ada masa untuk bercerita tentang bola sepak Kelantan.

Pasukan Kelantan kini dibelenggu dengan masalah kewangan. Hal itu diakui oleh Presiden KAFA, Bibi Ramjani Illias Khan yang sebelum ini menyatakan Kelantan terpaksa dirombak.

Ini kerana, Kelantan banyak dikejar oleh hutang lama. Jadi, KAFA mengambil langkah drastik menamatkan kontrak serta melepaskan beberapa pemain, terutama sekali yang gagal menyerlah.

Kelmarin, sehari sebelum perlawanan debut Fajr Ibrahim, Tan Sri Annuar Musa mengucapkan selamat maju jaya kepada jurulatih tersebut.

“Esok adalah game pertama Fajr Ibrahim sebagai coach Kelantan. Kelantan menentang Negeri Sembilan pada 9.00 malam di Stadium Tunku Abdul Rahman. Saya doakan yg terbaik buat TRW.”

Beliau juga ada kata-kata khas kepada Bibi Ramjani. Tan Sri Annuar Musa berharap Bibi Ramjani buat yang terbaik untuk Kelantan dan menyeru semua penyokong menyokong KAFA.

“Kepad Presiden dan KAFA ,kita mesti terus beri sokongan. Tolong buat yang terbaik untuk The Red Warriors.”

Tan Sri Annuar Musa menasihatkan KAFA di bawah kendalian Bibi Ramjanji untuk tidak melepaskan peluang menandatangani pemain imprt baru dalam jendela perpindahan pertengahan musim pada bulan akan depan.

Ini bagi memastikan The Red Warriors kuat dengan pemain import yang berkualiti tinggi. Beliau sedia membantu untuk mendapatkan pemain import termasuk dari segi kewangan.

“Jangan lepaskan peluang jendela perpindahan pada bulan depan. Perkasakan TRW dengan pemain import yang ‘top quality’ agar TRW kuat.”

“Saya sedia bantu termasuk dari segi kewangan untuk membawa import terbaik untuk TRW.”

“Bangkit dan kembalikan kehebatanmu TRW-ku!”

Dalam perlawanan Liga Super di antara pasukan di tangga tercorot, Kelantan mengikat Negeri Semnbilan 1-1 dengan jaringan Nik Akif pada masa kecederaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN