Bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan ada pasukan dalam Liga Super yang mengemukakan tawaran untuk mendapatkan khidmat Ghaddar.
Kehebatan Ghaddiator tarik minat pasukan lain
Mohamed Ghaddar musim ini telah kembali dengan ‘bang’ di dalam Liga Malaysia. Beliau sudah melakukan 3 hatrik dalam Liga Super termasuk 1 hatrik dijaringkan dengan 4 gol.
Ghaddar juga sudah 2 kali tercalon dalam senarai akhir pemain terbaik bulanan PFAM untuk pemain Liga Super.
Sebelum ini, FMLLP mengesahkan satu peraturan yang membenarkan perpindahan pemain-pemain import dalam Liga M untuk berpindah ke pasukan lain.
Ia berkuatkuasa serta merta pada jendela perpindahan pertengahan musim ini yang akan dibuka tidak lama lagi.
Dengan prestasi semasa yang luar biasa, maka tidak hairanlah Ghaddar antara pemain yang menarik minat pasukan lain.
Nilai semasa Ghaddar mungkin agak tinggi jika Kelantan mahu menjual pemain ini. Mungkin ia boleh membantu sedikit mereka dalam membayar hutang pasukan.
TSAM: KAFA perlu rasional
Tan Sri Annuar Musa menasihatkan KAFA agar mempertimbangkan sebaik-baiknya perkara ini. KAFA tidak perlu terlalu memandang wang sehingga menerima bidaan untuk pemain penting di dalam pasukan.
TSAM juga memberitahu bahawa beliau berjaya membawa Ghaddar pulang ke Kelantan dengan kos yang murah. Beliau berjaya menjimat ratusan ribu ringgit kerana Ghaddar dibawa tanpa bayaran khidmat ejen.
Beliau menambah lagi:
“Dia saperti anak saya sendiri. Bukan saja Ghaddar terus bersama kita malah dia bakal bergandingan dengan kembar baru tidak lama lagi.”
“Tetapi (gandingan Ghaddar) akan hanya diputuskan selepas perlawanan menentang Pahang pada 6 Mei 2017.”
Tan Sri Annuar Musa memberitahu, prestasi pemain yang sedia ada akan dinilai sebaik mungkin. Selepas penilaian tersebut, dijangka akan ada 2 atau 3 pemain baru yang akan diuji untuk dibawa masuk ke Kelantan.
Beliau juga mengesahkan sedang dalam proses untuk memuktamadkan perjanjian dengan jurulatih dari Amerika Latin yang akan digandingkan dengan Zahasmi Ismail.
Ianya selepas Zahasmi Ismail sebelum ini meminta seorang jurulatih luar untuk membantu beliau di Kelantan.
Buat masa ini, Zahasmi Ismail dibantu oleh Sathit Bensoh dari Thailand.
Baca juga: Ghaddar Ledak 2 Hat Trik Dalam Tempoh 3 Hari, Sememangnya Ghaddiator!