TSAM Ajak FMLLP Berforum Dan Diskusi Terbuka Isu Pemotongan Mata Pasukan

Tan Sri Annuar Musa (TSAM) mengajak pihak Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mengadakan diskusi terbuka atau forum.

Ini untuk membincangkan isu pemotongan mata pasukan Liga Malaysia yang gagal melunaskan gaji pemain.

Tan Sri Annuar Musa mengeluarkan kenyataan tersebut melalui media sosial Facebook rasmi beliau.

Tan Sri Annuar Musa

Penasihat pasukan Kelantan itu menyatakan bahawa masih ramai yang tidak faham akan soal daya maju Liga Malaysia termasuk FMLLP.

Bagaimanapun beliau tidak menekankan siapakah pihak lain yang dimaksudkan tersebut selain daripada FMLLP.

Isu hak penyiaran dan hadiah

TSAM juga bersetuju dengan pendapat Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor (TMJ) bahawa FMLLP harus menumpukan usaha mereka untuk mencari kewangan bagi memastikan liga lebih berdaya maju.

Ini sekaligus akan memastikan setiap pasukan yang bertanding turut mendapat pulangan yang berpadanan dengan nilai pelaburan persatuan.

Sebelum ini Presiden FAM telah menyalurkan sejumlah dana untuk memastikan setiap pasukan bertanding bebas hutang berkenaan isu gaji pemain yang tertungak.

“Tambahkan nilai pulangan kepada pasukan. Kongsikan pendapatan hasil hak penyiaran dengan pasukan. Besarkan nilai hadiah mengikut posisi liga dan prestasi pasukan”, ujar beliau dalam kenyataan tersebut.

Di dalam kenyataan yang sama, Tan Sri Anuar Musa turut menempelak FMLLP kerana kegagalan badan berkenaan menjalankan fungsi sepertimana yang sepatutnya terhadap pasukan-pasukan bertanding.

“Ini tidak. FMLLP sendiri gagal mencapai sasaran tajaan. MP Silva yang membeli hak penyiaran Liga tidak melakukan pembayaran seperti yang dijanjikan.”

“Duit hadiah pasukan yang sepatutnya dibayar berdasarkan kedudukan liga dibayar tidak menentu. Hadiah Piala FA dan Piala Malaysia juga dibayar tidak menentu.” Tambah beliau.

Turut dipersoalkan ialah hadiah kemenangan Piala FA. JDT adalah juara Piala FA 2016.

FMLLP harus bertanggungjawab

Tan Sri Anuar Musa turut mendedahkan bahawa sumbangan untuk tujuan program pembangunan oleh pihak FMLLP tidak dibayar sepertimana ia harus dijelaskan oleh pihak badan tersebut.

Bayaran yang sama turut tidak dijelaskan secara teratur membabitkan sumbangan untuk pengarah teknikal.

“Kalau nak menghukum, maka penganjurlah yang perlu di hukum”, kata beliau sambil merujuk kepada kegagalan badan FMLLP itu sendiri sebagai punca ada persatuan negeri yang tidak punyai kewangan yang kukuh untuk menjelaskan gaji pemain.

Penasihat Kelantan FA itu turut menyatakan kesudian beliau untuk bersama-sama pihak berkenaan dalam mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan permasalahan gaji yang melanda pasukan yang bertanding.

Kelantan FA umum barisan import musim lalu.

“Saya sedia bersukarela mengupas soal gaji dan viability Liga Malaysia. Dari dahulu saya dah cakap bahawa liga kita perlukan penelitian menyeluruh.”

“Model liga (pertandingan Liga Malaysia) perlu diperbaiki suapaya menjadi model yang viable. Bukan ikut peraturan “survival of the fittest”.

“Liga adalah satu  model perniagaan yang perlu dibentuk dan dijaga dengan baik”, jelas Tan Sri Annuar Musa dalam status yang dimuatnaik petang tadi.

Beliau turut menerangkan bahawa persatuan pasukan yang bertanding di dalam Liga Malaysia sekarang terlampau bergantung kepada ehsan dan kehadiran individu tertentu sahaja.

Tas Sri Anuar Musa menjelaskan bahawa tanpa usaha individu tersebut, maka kantung persatuan tidak akan berduit. Persatuan-persatuan terbabit bergantung spenuhnya kepada pemimpin dan kerajaan negeri.

Jika kerajaan negeri tidak menyediakan dana untuk persatuan, maka persatuan negeri akan miskin tanpa punyai punca lain untuk menjana pendapatan.

“Masalah sebegini dihadapi oleh banyak pasukan. Siapa sangka Selangor juga punyai masalah yang sama?”

“Andai Selangor mengalami masalah (pembayaran gaji), bagaimana dengan pasukan lain? Selangor dan Kelantan dipimpin oleh Timbalan Presiden FAM!!!”, ujar beliau penuh sinikal.

Datuk Mohd. Yusoff Mahadi (Presiden MUSA) dan Datuk Seri Subahan Kamal (Presiden FAS) dilantik sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalan Kongres ke-53 FAM yang lalu.

Tan Sri Anuar Musa juga adalah calon yang bertanding untuk jawatan Presiden FAM pada kongres tersebut,

Namun beliau mengumumkan untuk menarik diri dua hari sebelum pemilihan dilangsungkan di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada 25hb Mac yang lalu.

“Fikir-fikirkanlah. Jangan menjadi tikus membaki labu”, kata Tan Sri Anuar Musa menutup kenyatan tersebut.

Baca juga: Video: 2 Jaringan Sendiri Yang Mirip Oleh Stockdale, Tangguhkan Pesta Kejuaraan Brighton

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN