TSAM Anggap Tindakan FAM Dan FMLLP Satu Penindasan Kepada Pasukan Miskin

Sejak hukuman pemotongan mata oleh pihak Football Malaysia LLP (FMLLP) siang tadi, perhatian pemerhati bola sepak tanah air pastinya terarah kepada penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (TSAM).

Semua pasti tertunggu-tunggu akan jawapan dan kenyataan rasmi daripada Penasihat KAFA ini.

Kredit: FMLLP

Kelantan FA, T-Team FC, ATM FA dan Perlis FA adalah 4 pasukan yang menerima potongan 6 mata berkuatkuasa serta merta kerana gagal memenuhi peraturan berkaitan Surat Selesai Bayaran/Tunggakan Gaji, Surat Selesai Bayaran/Tunggakan KWSP, Surat Selesai Bayaran/Tunggakan Perkeso dan Surat Selesai Bayaran/Tunggakan LHDN, diumumkan siang tadi.

FAM Dan FMLLP Tindas Pasukan Miskin

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui media sosial Facebook, Tan Sri Annuar Musa mendakwa FAM dan FMLLP adalah organisasi yang tidak adil untuk pasukan yang kurang berkemampuan.

“FAM dan FMLLP sudah mula menjadi organisasi untuk orang kaya. Negeri miskin dan team miskin boleh bersiap sedia untuk tutup kedai da keluar dari Liga Malaysia.”

“Mereka yang hanya bising tanpa memberikan apa-apa bantuan bolehlah turut bergembira.” ujar Tan Sri Annuar Musa pada permulaan kenyataan tersebut.

Hutang Lapuk Diselesaikan

Tan Sri Annuar Musa turut memaklumkan bahawa KAFA mempunyai hutang tertunggak sejak era 80an.

Bagaimanapun, persatuan berkenaan dibenarkan untuk meneruskan operasi oleh pucuk pimpinan FAM pada masa itu atas kapasiti KAFA untuk mengurus hutang mengikut keupayaan mereka.

Kenyataan Penasihat KAFA ini sudah pasti mengejutkan ramai pihak. Beberapa hari yang lalu, dalam satu sidang akhbar di Kota Bahru, KAFA mengumumkan perlantikan Pengarah Teknikal dan pemain import baharu untuk pasukan Kelantan.

Sidang media KAFA 2 hari yang lalu.

Sejak mengambil alih pengurusan KAFA 10 tahun yang lalu, banyak hutang lapuk persatuan diselesaikan oleh pihak KAFA secara berperingkat.

Pada masa yang sama, usaha memajukan bola sepak negeri Kelantan tetap diteruskan di bawah pimpinan beliau.

Bagaimanapun, Tan Sri Annuar Musa turut mengakui hutang persatuan berkenaan sentiasa ada walaupun pada era kegemilangan bola sepak Kelantan sekitar 4-5 musim yang lalu.

TSAM Bidas Pasukan Mahalkan Liga Malaysia

Penasihat KAFA ini turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan pasukan yang cenderung memancing pemain terbaik pasukan Kelantan.

“Kemudian apabila bola sepak Malaysia menjadi mahal dan dimahalkan, kita berdepan situasi baru. Pemain dicuri dan dipancing team kaya, pemain tuntut gaji tinggi dan lain-lain. Kita cuba membuat adjustment untuk terus bersaing.”

Walaupun tidak jelas pasukan manakah yang memancing pemain seperti yang dimaksudkan oleh Tan Sri Annuar Musa, revolusi Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bermula pada musim 2013 telah menarik penyertaan beberapa pemain utama daripada pasukan Kelantan.

Aksi Mat Yo ketika masih menyarung jersi JDT.

Antara pemain pasukan The Red Warrior yang menyertai revolusi Harimau Selatan ialah Nor Sharul Idlan Talaha, Daudsu Jamaludin, Mohd Shakir Shaari dan Nurul Azwan roya.

Menurut beliau, untuk mengekalkan Kelantan FA kekal bersaing, pasukan Kelantan terpaksa mengubahsuai polisi persatuan untuk membenarkan mereka terus bersaing secara kompetitif dalam Liga Malaysia.

Masalah Penajaan 

Selain daripada kos saingan liga yang meningkat, masalah pelanggaran kontrak penaja turut menyumbang kepada masalah kewangan KAFA.

“Tahun lalu dengan tidak disangka beberapa penaja tidak membayar seperti (perjanjian) dalam kontrak. Kelab mengalami defisit jutaan ringgit. Gaji pemain mula (dibayar) bermasalah.”

KAFA ketika memeterai perjanjian tajaan bersama Vida Beauty Sdn Bhd.

“Lazimnya hal seperti ini memakan masa untuk d susun semula”Apakah kita perlu settle (selesaikan) hutang dan tidak meneruskan penyertaan (Liga Malaysia)?” Tanya Penasihat KAFA dalam muatnaik tersebut.

Walaupun ada usaha untuk melunaskan segala hutang tertunggak, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa keutamaan beliau dan KAFA adalah perbelanjaan pasukan semasa yang perlu didahulukan terlebih dahulu.

Beliau turut menegaskan bahawa huutang hanya perlu diuruskan apabila mampu, sama seperti kaedah perniagaan.

Apakah Pembaharuan FAM?

Sambil merujuk kepada Liga Perdana Inggeris (EPL), Tan Sri Annuar Musa menegaskan Kelantan FA tidak wajar dihukum kerana hutang yang sudah berusia 25 tahun.

“Sila baca laporan kewangan pasukan EPL. Berapa billion hutang mereka tanggung? Adakah mereka ditolak mata di tengah musim?”

Dalam melakukan perbandingan, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa FAM, FMLLP dan MP Silva yang seharusnya dihukum dan ditutup kerana masalah keberhutangan.

Ini kerana sebelum ini setiap pasukan dijanjikan dengan ganjaran dari hak penyiaran yang mencecah jutaan ringgit, tetapi belum dijelaskan oleh badan berkenaan.

Tan Sri Annuar Musa meluahkan perasaan kesal beliau kerana ketidakadilan itu.

Alang-alang, TSAM sudah memetik contoh kelab EPL, luangkan masa anda baca penjelasan kenapa Manchester United tidak dipotong mata di dalam artikel ini:

UEFA Dedahkan Manchester United, Kelab Dengan Beban Hutang Paling Tinggi

Jumlah pendapatan dan aset jangka panjang Manchester United sangat besar.

Dalam artikel Financial Fairplay, 11 Perkara Asas Yang Anda Perlu Tahu, kami menjelaskan syarat hutang kelab Eropah di bawah garis panduan fairlplay.

Harus diingat, TSAM pernah usulkan Financial Fairplay dalam manifesto beliau ketika tercalon sebagai Presiden FAM beberapa bulan lalu.

Popov Tidak Setuju Potongan Mata

Dalam perkembangan yang sama, bekas ketua jurulatih pasukan Kelantan menyatakan pendirian beliau yang tidak bersetuju dengan kaedah potongan mata.

Popov menjelaskan potongan 6 mata berkenaan tidak adil untuk pemain dan penyokong setia pasukan Kelantan. Popov adalah antara individu yang lantang mengkritik pengurusan KAFA berkenaan isu keberhutangan.

Akaun twitter Velizar Popov.

Velizar Popov dan Jonathan McKain adalah antara individu di mana KAFA mempunyai tunggakan gaji. Kedua-duanya dipercayai telah membawa kes masing-masing kepada FIFA.

Baca juga: Kelantan, T-Team, ATM & Perlis Dihukum Potong 6 Mata Berhubung Isu Tunggakan Gaji

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN