TRW Kelantan FC Kini Sudah Ada Bangunan Sendiri, Pemain & Kakitangan Diberi Bonus Raya

Rakyat Kelantan khususnya peminat dan penyokong bola sepak di negeri itu kini boleh merasa bangga dengan perubahan landskap bola sepak yang berlaku di negeri pantai timur itu.

Sejak pasukan Kelantan diswastakan kepada Kelantan FC dan diambil alih oleh usahawan, Norizam Tukiman pada September tahun lalu, wajah bola sepak Kelantan kini mulai menikmati perubahan positif.

Daripada sebuah pasukan yang terumbang ambing tanpa hala tuju dengan masalah kewangan, di bawah kepimpinan usahawan burger dan perhotelan itu, Kelantan FC kini mempunyai sebuah bangunan sendiri yang boleh dipanggil sebagai ibu pejabat atau rumah sendiri.

Lebih penting, aset tersebut adalah hasil yang diusahakan oleh Norizam sendiri tanpa perlu menyewa atau meminjamnya daripada pihak lain atau kerajaan.

Berasal daripada sebuah bangunan hotel yang beroperasi di Kota Bharu, bangunan tersebut telah ditranformasikan untuk menjadi pusat operasi Kelantan FC.

Kini ia merangkumi Kedai 93 Sports yg menjual Jersey TRW, penginapan untuk pemain Piala Presiden, pejabat pengurusan TRW, pejabat pengarah teknikal TRW dan juga bilik-bilik penginapan yang selesa untuk dibuka kepada pengunjung.

Malah bangunan yang amat menyerlah dengan warna merah – sinonim dengan warna rasmi bola sepak Kelantan – akan menjadi mercu tanda baharu di Kota Bharu.

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut oleh umat Islam beberapa hari lagi, Norizam yang lebih mesra dikenali sebagai Zamburger turut memberikan ‘bonus Raya’ kepada barisan pemain, jurulatih dan kakitagan kelab dimilikinya itu.

Selepas melalui 10 perlawanan Liga Premier pada musim ini, Kelantan FC kini menduduki kedudukan ke-7. Sekurang-kurangnya bola sepak Kelantan pada hari ini berada di landasan yang betul, jauh dari pelbagai laporan negatif seperti sebelum ini.

Perubahan mungkin tampak perlahan jika prestasi semasa Kelantan FC diambil kira. Namun dengan pengurusan yang lebih rapi di bawah kendalian Norizan, tidak mustahil Kelantan akan kembali bangkit selepas ini.

Norizan baru-baru ini turut melebarkan sayapnya dalam industri bola sepak di negara jiran apabila sah menjadi ‘bos’ baharu pasukan Liga 2, PSPS Riau.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Zamsaham melalui pautan:

5 Perkara Menarik Tentang Pembelian Saham TRW Oleh ZamSaham

Selepas Miliki Kelantan, Norizam Tukiman Kini Jadi Presiden PSPS Riau

Perjalanan 58 Hari ZamSaham Ubah Landskap Bola Sepak Kelantan

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN