Gara-Gara Fitnah Annuar Musa Diugut, 3 Penaja Diarah Gantung Dahulu Tajaan

Dalam status yang dimuatnaik oleh bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa pada 13 Januari 2017, beliau meluahkan rasa kecewa dengan fitnah ke atas beliau.

Kesannya beliau menerima ugutan daripada pihak yang dianggap beliau satu keluarga dalam bola sepak. Beliau jugan kecewa dengan beberapa pihak yang seakan-akan menokok tambah dalam kenyataan mereka.

Tan Sri Annuar Musa turut menyatakan 3 penaja yang berpotensi telah menangguhkan niat untuk menaja buat masa ini kerana telah diarahkan oleh pihak tertentu.

Lebih mengecewakan beliau adalah, kenapa TRW perlu menerima impak sedangkan beliau bukan lagi Presiden KAFA. Tan Sri Annuar Musa hanya ingin membantu pasukan yang disayangi oleh ramai iaitu TRW.

Annuar Musa Tidak Yakin Kemampuan Kelantan Tanpa Import

Beliau turut menyatakan kekecewaan beliau dengan keputusan pra-musim pasukan Kelantan. Dalam perlawanan persahabatan menentang PDRM, Kelantang tewas 4-0.

(Nota Editor: Perlawanan sebenarnya berakhir Kelantan kalah 5-0)

Foto: TRWFC

Ia lantas mengundang persoalan di fikiran Tan Sri Annuar Musa, sejauh manakah kompetensi pasukan Kelantan pada musim hadapan tanpa pemain import?

Beliau riasu ketiadaan pemain import akan membuatkan pasukan tidak seimbang.

Beliau turut mengakui kos untuk mendapatkan pemain import mereka harus menanggung kos sekitar RM3 juta hingga RM4 juta.

Ini adalah petikan penuh kenyataan beliau.


Kami dari semuanyaBOLA mengharapkan konflik ini dapat diselesaikan segera. Musim Liga Malaysia hampir bermula.

Berkenaan dengan pemain import dan keseimbangan pasukan, kami pernah sentuh sebelum ini dalam artikel Previu MSL 2017: Kelantan Mulakan Persediaan Intensif, Buru Pemain Import

Baca juga: TMJ v TSAM: Annuar Musa Nafi Tuduhan TMJ, Nasihat Media Jangan Silap Pendrive

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN