FIFA Best: Trofi Pemain Lelaki Terbaik Jadi Rebutan VVD, Messi, Ronaldo

FIFA mengeluarkan senarai akhir untuk Anugerah Pemain Terbaik Tahunan kategori lelaki, Anugerah FIFA Best 2019.

3 pemain tersebut adalah finalis yang sama dengan finalis Pemain Terbaik UEFA tempoh hari.

Mereka ialah Lionel Messi, Virgil Van Dijk (VVD), dan Cristiano Ronaldo.

1. Cristiano Ronaldo

Penyandang anugerah ini, Cristiano Ronaldo musim lalu membantu Juventus memenangi Serie A dan Supercopa Italia.

2. Virgil Van Dijk

Di peringkat kebangsaan Ronaldo membantu Portugal memenangi Liga Negara-Negara Eropah. Cristiano Ronaldo juga merupakan pemenang Pemain Terbaik Serie A musim lalu.

Seterusnya ialah, Virgil Van Dijk yang pertama kali dicalonkan dalam anugerah ini. Beliau merupakan pemenang Anugerah Pemain Terbaik UEFA 2019 serta Pemain Terbaik PFA (England) 2018/19.

Beliau juga merupakan Pemain Pertahanan Terbaik UEFA.

Virgil Van Dijk membantu Liverpool memenangi UCL dan Piala Super Eropah. Di peringkat kebangsaan Virgil Van Dijk mengetuai negaranya sehingga ke final Piala Negara-negara Eropah 2019. Tewas di tangan Portugal yang diketuai Ronaldo.

3. Lionel Messi

Lionel Messi adalah calon ke-3 yang akan mencabar anugerah tersebut. Lionel Messi membantu Barcelona menjuarai La Liga musim lalu. Beliau juga merupakan penjaring terbanyak La Liga.

Messi membantu Barcelona menjadi naib juara Copa Del Rey dan mara ke separuh akhir UCL.

Di peringkat kebangsaan, Lionel Messi membantu Argentina memenangi pingat gangsa Copa America. Beliau memenangi Anugerah Penyerang Terbaik UEFA.

Siapakah yang bakal memenangi anugerah berprestij ini? Pemenang akan diumumkan pada malam gala FIFA Best, 23 September 2019.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN