Trivia: Sekilas Kempen Pasukan Dari CONCACAF Dalam Saingan Piala Dunia

Sejarah Piala Dunia seringkali memaparkan aksi mencuri tumpuan wakil daripada Amerika Utara (atau juga dikenali CONCACAF). Tetapi, pasukan manakah yang pernah menyajikan aksi terbaik dalam kejohanan ini?

Kali ini, kami membawakan pula imbasan kempen wakil dari CONCACAF.

Wakil sulung

Semua sudah maklum bahawa pasukan yang menyertai Piala Dunia 1930 ialah melalui jemputan sahaja. Amerika Syarikat dan Mexico telah menyahut seruan tersebut.

Sewaktu kejohanan di Uruguay tersebut, Mexico telah kandas di peringkat kumpulan. Berbeza dengan Amerika Syarikat, mereka mara ke separuh akhir.

Namun Amerika Syarikat tewas kepada naib juara, Argentina. Menariknya, tiada perlawanan tempat ketiga diadakan antara Amerika Syarikat dan Yugoslavia.

Tetapi, FIFA telah mengiktiraf Amerika Syarikat sebagai pasukan tempat ketiga disebabkan rekod yang lebih baik daripada Yugoslavia. Malah, itu satu-satunya wakil CONCACAF yang mara ke separuh akhir dalam sejarah.

Mexico yang ulung

Mexico mempunyai satu rekod yang boleh dibanggakan. Sepanjang 21 kali penganjuran Piala Dunia termasuk tahun ini, Mexico telah 16 kali layak.

Daripada 16 kali tersebut, Mexico mara dua kali sehingga ke suku akhir. Pertama pada 1970 dan kedua pada tahun 1986.

Skuad Mexico sewaktu aksi Piala Dunia 1986. (Photo by Bob Thomas/Getty Images)

Mexico mara sejauh itu sewaktu mereka menjadi tuan rumah kejohanan tersebut. Masakan tidak, ia memberi tonik untuk beraksi baik di hadapan penyokong sendiri.

Jirannya di sebelah utara, Amerika Syarikat cuma layak 10 kali. Kali terakhir mereka layak ialah pada edisi 2014 di Brazil. Pada Piala Dunia 2002, mereka telah merekodkan aksi kedua terbaik dalam sejarah penyertaan iaitu mara ke suku akhir.

2C yang cemerlang

Skuad Costa Rica semasa Piala Dunia 2014. (Photo by Robert Cianflone/Getty Images)

Costa Rica 5 kali muncul dalam Piala Dunia. Namun aksi terbaik mereka sewaktu kejohanan lalu di Brazil. Costa Rica tewas kepada Belanda melalui sepakan penalti pada perlawanan suku akhir.

Anda masih ingat?

Negara Cuba juga salah satu negara yang pernah beraksi dalam Piala Dunia. Perjalanan mereka juga hebat apabila mara sehingga ke suku akhir edisi 1938. Sayangnya, itulah kali pertama dan terakhir Cuba berada dalam Piala Dunia.

Mereka langsung tidak layak sejak itu.

Senarai penampilan sulung dalam Piala Dunia

1930 – Mexico, Amerika Syarikat
1938 – Cuba
1970 – El Salvador
1974 – Haiti
1982 – Honduras
1986 – Kanada
1990 – Costa Rica
1998 – Jamaica
2006 – Trinidad & Tobago
2018 – Panama

Rangkuman fakta menarik

1) 3 kali Piala Dunia dianjurkan di CONCACAF iaitu Mexico (1970 dan 1986) dan Amerika Syarikat (1994).
2) 3 wakil CONCACAF mara ke pusingan kedua pada Piala Dunia 2014. Ia merupakan rekod paling banyak wakil
CONCACAF ke pusingan tersebut dalam sejarah. Pasukan tersebut ialah Mexico, Amerika Syarikat dan Costa Rica.
3) CONCACAF mempunyai 4 wakil masing-masing dalam Piala Dunia 2006 dan 2014, ia merupakan penyertaan terbanyak di bawah panji konfederasi tersebut.

Penutup

Ketiadaan Amerika Syarikat sebenarnya memberikan sedikit kelainan dalam Piala Dunia. Adakah Mexico mampu membuktikan mereka lebih baik daripada jiran mereka sendiri.

Penyertaan wakil CONCACAF ini harus diberi tumpuan, ia disebabkan mereka disebut-sebut akan menjadi konfederasi penganjur Piala Dunia 2026.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN