Trivia: Pasukan Nordic Manakah Terbaik dalam Sejarah Piala Dunia?

Sebelum itu, Nordic merupakan negara-negara yang terletak di Eropah Utara. Negara-negara ini beriklim sejuk tetapi
tidak pernah menghalang mereka bersaing dalam kancah Piala Dunia.

Sebenarnya, 6 pasukan dari Nordic merupakan ahli FIFA dan UEFA. Mereka ialah Iceland, Finland, Denmark, Sweden dan Norway.
Kepulauan Faroe juga menjadi ahli bagi kedua-dua badan bola sepak itu.

Tetapi, Kepulauan Faroe merupakan wilayah di bawah pentadbiran Denmark. Satu lagi, Greenland juga berada di bawah
pentadbiran Denmark. Walau bagaimanapun, Greenland tidak menerima keahlian UEFA mahu pun FIFA.

Siapa hebat?

Negara pengasas syarikat IKEA, Sweden sudah 12 kali mara ke Piala Dunia. Sekaligus menjadikan mereka negara Nordic terbanyak
muncul dalam Piala Dunia.

Aksi terbaik mereka ialah menjadi naib juara pada Piala Dunia 1958. Mereka tewas kepada Brazil dalam perlawanan akhir.

Edisi 1958 juga menyaksikan Sweden negara Nordic pertama dan terakhir setakat ini menganjurkan Piala Dunia.

Tanpa disangkal lagi, Sweden 4 kali menduduki kelompok 4 terbaik. Kali pertama sewaktu Piala Dunia 1938. Kemudian diulangi
pada 1950, 1958.

Kali terakhir mereka mara ke separuh akhir ialah pada Piala Dunia 1994. Mereka tewas kepada Brazil dalam perlawanan separuh akhir di Pasadena, California, Amerika Syarikat.

Denmark – pencabar tetap

Aksi Denmark dalam Piala Dunia 1998. (Photo by Popperfoto/Getty Images)

Denmark 5 kali ke Piala Dunia dengan membuat kemunculan pertama pada 1986. Denmark juga beraksi dalam
kejohanan 1998, 2002, 2010 dan 2018.

Aksi terbaik Denmark ialah dalam Piala Dunia 1998 di Perancis. Mereka mara sejauh ke suku akhir.

Denmark melangkah ke pusingan kedua apabila menjadi naib juara Kumpulan C. Denmark kemudian mengalahkan Ngeria dalam
saingan pusingan kedua.

Suku akhir menyaksikan Denmark tewas kepada naib juara kejohanan 1998 itu, Brazil.

Norway jumpa jalan – selepas 56 tahun!

Pasukan Norway semasa Piala Dunia 1998 (Photo by Popperfoto/Getty Images)

Kali pertama mereka ke Piala Dunia ialah pada 1938. 56 tahun kemudian, mereka muncul semula di Piala Dunia pada tahun 1994 di mana Amerika Syarikat menjadi hos.

1998 merupakan penampilan ketiga mereka dalam kejohanan ini. Aksi di Perancis pada 1998 itu membuka mata dunia apabila menduduki tangga kedua Kumpulan A.

Norway menentang Itali dalam perlawanan pusingan kedua. Tetapi Norway tewas kepada jaguh tersohor Eropah itu.

Tumpuan sulung

Pemain Iceland meraikan kejayaan ke Piala Dunia 2018. (Photo credit should read HARALDUR GUDJONSSON/AFP/Getty Images)

Iceland kini melalui generasi emas dalam sejarah sukan tanah air mereka. Iceland bakal membuat debut dalam Piala Dunia.

Iceland diundi dalam Kumpulan D bersama Argentina, Croatia dan Nigeria. Ketiga-tiga pasukan tersebut pernah beraksi dalam
Piala Dunia lebih daripada sekali.

Namun begitu, kami harapkan Iceland dapat kembali ke Piala Dunia yang akan datang.

Tidak layak

Finland dan Kepulauan Faroe merupakan pasukan Nordic yang tidak pernah menjejakkan kaki dalam kejohanan ini. Penyokong Kepulauan Faroe masih boleh memberikan sokongan kepada Denmark.

Tetapi bagaimana dengan Finland?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN