Tanpa kelibat mereka dalam Piala Dunia, ia boleh diumpamakan hilang seri. Meskipun hanya mempunyai 11 anggota, mereka mengharungi pusingan kelayakan ke Piala Dunia paling sukar di dunia.
Gergasi bertemu gergasi pun boleh sukar dijangka keputusannya, apatah lagi jika pasukan kerdil bertemu pasukan terulung.
Kami mengimbau kembali sejarah wakil CONMEBOL sepanjang penganjuran Piala Dunia.
1930 – Pertama
Uruguay dipilih sebagai hos pertama kejohanan ini pada 1930. Kejohanan ini menyaksikan 7 pasukan membuat penampilan
sulung.
Pasukan tersebut ialah Argentina, Brazil, Bolivia, Chile, Paraguay, Peru dan tuan rumah. Uruguay menewaskan Argentina
dalam perlawanan akhir untuk menjulang Piala Dunia.
Gap
Tetapi, tahukah anda bahawa 32 tahun diperlukan untuk melihat wakil baru dari CONMEBOL? Ya, Colombia mara pertama kali
ke Piala Dunia sewaktu kejohanan di Chile pada tahun 1962.
40 tahun kemudian, Ecuador pula membuat penampilan sulung dalam kejohanan ini pada 2002.
Jarang terlalu jauh ini berlaku kerana CONMEBOL mempunyai ahli sangat sedikit. Malah, lebih sedikit daripada ahli OFC.
Mungkinkah Venezuela dapat tamatkan kemarau tidak pernah mara ke Piala Dunia selepas ini?
Terulung
Brazil menggondol 5 kali kejuaraan Piala Dunia. Mereka memenanginya pada 1958, 1962, 1970. Brazil juga menjuarainya
pada 1994 dan 2002.
Argentina pula memenangi Piala Dunia pada 1978 dan 1986. Ini menjadikan mereka hanya dua kali menjulang Piala Dunia.
Uruguay pula kali terakhir menjulang trofi berharga ini ialah pada 1950. Mengikut rekod, mereka hanya berjaya dimahkotakan
sebagai juara dunia sebanyak 2 kali iaitu 1930 dan 1950.
Chile merupakan satu-satunya negara yang pernah berada dalam kelompok 4 terbaik Piala Dunia selain 3 negara yang
disebutkan di atas. Tetapi, mereka tidak pernah mara ke final Piala Dunia.
Tiada yang pertama
Daripada kesemua 10 pasukan CONMEBOL, tidak ada satu pasukan yang hanya muncul di Piala Dunia sekali.
Walau bagaimanapun, Ecuador 3 kali beraksi dalam Piala Dunia dengan penampilan terakhir pada kejohanan 2014. Bolivia juga 3 kali di mana mereka muncul kali terakhir pada edisi 1994.
Peru 5 kali mara ke kejohanan ini. Colombia membuat 6 kemunculan manakala Paraguay beraksi 8 kali. Chile sudah 9 kali
bermain dalam Piala Dunia.
Uruguay, Argentina dan Brazil memiliki rekod kehadiran Piala Dunia lebih daripada 10 kali. Brazil langsung tidak pernah ketinggalan bagi melayakkan diri ke Piala Dunia.
Antara kempen terbaik
Paraguay pernah menamatkan aksi di Piala Dunia pada pusingan suku akhir. Ini berlaku apabila mereka tewas kepada Sepanyol. Pemain Sepanyol, David Villa menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk menamatkan kempen wakil Amerika Selatan itu.
4 tahun kemudian, Colombia pula mara ke suku akhir sekaligus menjadikan ia kempen terbaik dalam sejarah mereka. Colombia dikalahkan oleh jiran tetangga mereka, Brazil.
Peru juga pernah mara sejauh suku akhir semasa Piala Dunia 1970. Tetapi, mereka tewas dalam perlawanan fasa tersebut kepada juara ketika itu, Brazil.
Fakta menarik
1) Pada 1934, tiada langsung pasukan Amerika Selatan mengisi slot 4 terbaik kejohanan. Skrip sama berulang pada 1966, 1982 dan 2006.
2) 5 kali negara CONMEBOL menjadi hos Piala Dunia. Brazil satu-satunya negara CONMEBOL menjadi hos dua kali iaitu pada 1950 dan 2014. Manakala Uruguay menjadi hos pada 1930, kemudian diikuti Chile pada 1962 dan seterusnya Argentina (1978).
3) Bolivia satu-satunya pasukan yang tidak pernah melepasi pusingan pertama Piala Dunia dalam sejarah penyertaan mereka.
4) Ecuador pula tidak pernah melepasi pusingan kedua walaupun sekali dalam kancah kejohanan ini.
Penutup
Kami pasti anda akan membuat perbandingan skuad terbaik manakah yang pernah menjulang Piala Dunia. Persoalannya skuad Brazil manakah paling terbaik dalam sejarah sewaktu 5 kali memenangi Piala Dunia.
Begitu juga antara dua pasukan Argentina yang memenanginya pada 1978 dan 1986, manakah paling hebat?