Trivia : Kontroversi ‘Bogota Bracelet’, TV Berwarna Dan Brazil Warnai Piala Dunia 1970

Piala Dunia 1970 merupakan edisi kesembilan kejohanan bolasepak antarabangsa yang dianjurkan oleh FIFA.

Benua Amerika Utara telah menjadi destinasi Piala Dunia bagi edisi kali ini, yang menyaksikan Mexico dipilih selaku tuan rumah bermula dari 31 Mei sehingga 21 Jun.

Kejohanan ini menyaksikan Brazil muncul sebagai juara buat kali ketiga. Disini, kami kongsikan kepada pembaca, 6 fakta menarik mengenai Piala Dunia 1970.

1. Siaran Piala Dunia berwana di televisyen buat kali pertama

L-R: Crerand, Hill, Dougan, Moore, Allison (Photo: ITV/Rex Features 1970)

Piala Dunia 1970 telah mencatatkan sejarah baru dalam bidang penyiaran sukan bolasepak. Buat pertama kali, perlawanan Piala Dunia telah disiarkan di televisyen dalam bentuk format berwarna.

Perkembangan media dan teknologi membolehkan ITV Network, sebuah stesen televisyen swasta telah membuat liputan siaran langsung Piala Dunia 1970 menerusi rangkaiannya dengan versi berwarna secara meluas di Eropah, khursusnya di United Kingdom.

Empat wakil  ITV iaitu Hugh Johns, Gerald Sinstadt, Gerry Harrison dan Roger Malone telah bertugaskan di Mexico bagi membuat liputan kejohanan selama hampir 3 minggu.

Sementara Jimmy Hills, Brian Moore, Malcolm Allison, Derek Dougan dan Pat Crerand ditugaskan untuk menyampaikan berita di studio penyiaran ITV di London.

Info tambahan : “The World At Their Feet” merupakan lagu tema bagi Piala Dunia 1970 yang disiarkan oleh ITV.

2. Piala Dunia yang pertama dianjurkan di Amerika Utara


Pada awalnya, sebanyak enam negara telah membuat bidaan untuk menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 1970, iaitu, Argentina, Peru, Colombia, Mexico, Australia dan Jepun.

Satu Kongres FIFA telah diadakan di Tokyo, Jepun pada 8 Oktober 1964 bagi menjalani sistem pengundian bagi memilih penganjur untuk Piala Dunia 1970.

Peru, Colombia, Australia dan Jepun telah menarik diri dari bidaan tersebut sebelum kongres diadakan kerana masalah kewangan dan keselamatan negara.

Mexico memenangi undian bidaan hak penganjuran dengan mengumpul 56 undian, menewaskan Argentina dengan majoriti 24 undi.

Mexico telah menjadi negara di Benua Amerika Utara yang pertama menjadi penganjur kejohanan Piala Dunia FIFA.

3. Kontroversi Bogotá Bracelet

Bogotá Bracelet merupakan satu kes jenayah terancang sehingga melibatkan berlakunya hubungan dinggin di antara dua negara iaitu England dan Colombia.

Kejadian berlaku pada 18 Mei 1970 ketika skuad England sedang menginap di Hotel Bogotá bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan Colombia bagi persiapan pasukan untuk menghadapi Piala Dunia di Mexico.

Segalanya bertukar kecoh apabila beberapa pemain England dituduh terlibat dalam satu kes kecurian.

Bobby Moore, Peter Thompson dan Bobby Charlton telah ditahan pihak berkuasa selama empat hari bagi menjalani siasatan kes tersebut.

Moore dituduh mencuri seutas gelang dari kedai barang kemas yang terletak berhampiran kawasan di mana mereka sedang menginap.

Clara Padilla yang bekerja dikedai tersebut telah melaporkan kepada pihak berkuasa apabila beliau mendapati seutas gelang telah hilang dari simpanan.

Padilla mendakwa beliau melihat Moore, Thompson dan Charlton berlegar-legar didalam kedainya sambil memerhati koleksi barang kemas sebelum gelang itu hilang.

Skuad England yang dibimbing oleh Sir Alf Ramsey ketika itu hadir dengan misi untuk mempertahankan trofi kejuaraan, telah menghadapi situasi cemas seketika apabila beberapa pemain ditahan dan tidak dibenarkan berangkat ke Mexico.

Tindakan pihak berkuasa Colombia itu telah menimbulkan kemarahan meluas di England. Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Britain, Harold Wilson, turut campur tangan dalam isu tersebut.

Selepas beberapa hari siasatan, pihak polis gagal menemui sebarang bukti kukuh untuk mendakwa Moore sebagai pencuri.

Pada 28 Mei 1970, pihak berkuasa Colombia telah membebaskan Moore dan membuat pemohonan maaf terbuka kepada beliau, seluruh pasukannya serta kerajaan England diatas kekecohan yang berlaku.

4. Format perbezaan gol pertama di Piala Dunia


Hari ini, format perbezaan gol diantara pasukan akan digunakan di setiap perlawanan kompetetif.

Namun, tahukah anda, sejarah awal bermulanya format perbezaan gol ini telah diperkenalkan pada edisi Piala Dunia 1970.

Info tambahan : Jurang perbezaan gol terbesar Piala Dunia pernah dicatatkan pada perlawanan yang melibatkan Hungary dan El Salvador dalam Piala Dunia 1982 di Sepanyol yang menyaksikan Hungary menang 10-1.

5. Kehebatan barisan “Seleção” 1970

Brazil’s 1970 World Cup winning team are the greatest team of all time because of the way they played the beautiful game

Brazil menjadi salah satu pasukan yang terunggul dalam edisi Piala Dunia 1970.

Bagaimanapun, perjalanan Brazil sebelum merangkul trofi Piala Dunia tidak semudah yang di sangka.

Brazil telah diundi berada dalam Kumpulan 3 bersama penyandang juara 1966 iaitu England, serta naib juara 1962, Czechoslovakia dan Romania.

Brazil berjaya membuktikan kemaraan selepas menundukan Peru 4-2 diperingkat suku akhir dan layak ke peringkat separuh akhir bertemu Uruguay yang merupakan juaraPiala Dunia sebanyak dua kali.

Dalam perlawanan bertemu Uruguay, Brazil berjaya menewaskan jaduh Amerika Selatam itu 3-1 hasil jaringan Clodoaldo, Jairzinho dan Roberto Rivelino. Manakala gol Uruguay disumbangkan oleh Luis Cubilla.

Brazil mara ke pentas akhir bertemu Itali. Perlawanan akhir Piala Dunia 1970 diadakan di Estadio Azteca, di Bandar Mexico.

Brazil berjaya menewaskan juara dunia dua kali itu dengan keputusan 4-1 sekaligus dinobatkan sebagai juara edisi 1970.

Empat gol Brazil dihasilkan oleh Pelé, Gérson, Jairzinho, dan Carlos Alberto. Sementara gol saguhati Itali disumbangkan oleh Boninsegna

Info tambahan : Skuad Brazil telah berjaya menghasilkan 19 gol untuk Piala Dunia 1970. Jairzinho (7 gol), Pele (4 gol), Rivellino (3 gol), Tostão (2 gol) dan Carlos Alberto/Clodoaldo/Gérson (1 gol)

6. Piala Dunia tanpa play-off


Empat tahun yang lalu negara dari Afrika telah memboikot kejohanan Piala Dunia. Ini sedikit sebanyak memberi tamparan hebat buat FIFA.

Tindakan itu dilakukan dengan alasan kerana tidak berpuas hati dengan peraturan kelayakan yang ditetapkan oleh FIFA untuk pasukan dari benua tersebut.

Sebanyak 16 negara dari Afrika sepakat menyatakan untuk menarik diri dari pusingan kelayakan.

Bagi Piala Dunia 1970, FIFA akhirnya memutuskan pasukan yang mewakili Afrika dikecualikan untuk beraksi dalam pusingan play-off.

Hal ini bagi mencegah peristiwa memboikot Piala Dunia 1966 kembali berulang.

Sebanyak sepuluh negara menyertai pusingan pertama kelayakan bagi peringkat zon Afrika.

Magribi merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya melangkah ke kejohanan Piala Dunia 1970 selepas berjuarai peringkat saringan pusingan akhir menewaskan dua pencabar utama, iaitu Nigeria dan Sudan.

Penutup

Anda mempunyai trivia menarik lain untuk dikongsikan? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Kami mahu mendengarnya daripada anda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN