Semua orang tahu yang Tripple H adalah peminat tegar West Ham United. Menariknya, dalam satu temu ramah, penggusti WWE terkenal ini memberitahu yang beliau sedia untuk memberikan kata-kata semangat di bilik persalinan pemain.
Ini berikutan prestasi yang kurang memberangsangkan West Ham United pada awal musim ini. Namun begitu ada sedikit peningkatakan dalam 3 perlawanan terakhir, mereka menang 2 daripadanya.
Tripple H memberikan komen beliau tentang kemenangan ke atas Swansea yang agak sukar untuk dicapai dalam satu temu raman dengan Sky Sports.
Namun bagi beliau mujurlah menang dan itu adalah yang paling penting. Menang tetap menang!
“Beginilah, itu kemenangan di saat akhir tetapi menang tetap menang. Jadi, kita ambil kemenangan itu sebagai asas kepada sesuatu yang lebih besar selepas ini.”
“Saya sedia memberikan sesi motivasi di dalam bilik persalinan untuk nyalakan semangat mereka.”
“Kemenangan itu memberikan keyakinan kepada anda, dan kini anda harus memanfaatkan keadaan itu, anda sudah ada sedikit momentum untuk pergi ke fasa yang lain dan mengubah keadaan anda secara keseluruhannya.”
REVEALED: @TripleH is a @WestHamUtd fan and is ready to get in the changing room to give a motivational team talk 😂⚒️ pic.twitter.com/CgtH5vEenN
— Soccer AM (@SoccerAM) October 4, 2017
Menarik juga kalau Tripple H betul-betul masuk bilik persalinan West Ham. Dengar kata, Bilic pun seorang pengurus yang agak panas, tambah pula dengan Tripple H.
Jangan pula sampai ada yang kena ‘deathlock’ sudahlah.