Trio Brazil Casagrande-Rafael Vitor-Endrick Ibarat ‘Nyawa’ Penang

Trio Brazil Penang

Kehadiran semula trio import, Casagrande,Rafael Vitor dan Endrick dos Santos selain Khairu Azrin Khazali membantu Penang FC melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas Sabah FC di Stadium Likas, pada Ahad.

Casagrande yang tidak beraksi semasa Penang FC tewas 1-4 kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC, membuktikan ketajamannya selaku penyerang utama pasukan apabila meledak dua gol selain satu lagi gol disumbangkan melalui Sheriddin Boboev.

Kemenangan itu meletakkan Penang kembali naik ke tangga ketiga Liga Super memintas Selangor dan Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan kelebihan dua mata selepas meraih 34 mata secara keseluruhan.

Ketua jurulatih Penang FC, Tomas Trucha, mengakui jaringan pertama yang berjaya diperoleh sebelum separuh masa pertama berakhir memberikan banyak kesan di sebalik kemenangan pasukan.

“Bola sepak hari ini bukan segala-galanya bergantung kepada bermain dengan cantik tetapi kerja keras serta sentiasa berusaha di atas padang bagi mendapatkan jaringan.

“Kami bernasib baik apabila lawan mempunyai peluang yang cukup baik bagi mendapatkan jaringan terlebih dahulu namun tidak berjaya menyudahkannya.

“Cukup penting kami berjaya mendapatkan satu jaringan sebelum separuh masa pertama berakhir dan apabila lawan berikan tekanan bagi mencari gol penyamaan, situasi itu membuka ruang yang lebih banyak kepada kami bagi dapatkan gol kedua, itu punca di sebalik kemenangan kami.

“Pada separuh masa perlawanan, saya ada memberitahu pemain untuk elakkan lawan melakukan serangan balas apabila kami dalam situasi ‘set-piece’.

“Selain itu, saya juga ada menukar formasi pada permulaan separuh masa kedua untuk memberikan kestabilan di bahagian tengah supaya kami boleh menguasai permainan ke atas lawan,” katanya.

Casagrande menyudahkan hantaran cantik Khairu Azrin di dalam kotak penalti pada minit-38 sebelum penyerang tinggi lampai ini menambah jaringan kedua pada minit-55 yang juga jaringan kesepuluh secara keseluruhan dalam saingan Liga Super, sekali lagi melalui tandukan selepas menyambut bola dari sepakan sudut yang diambil Endrick.

Boboev mengukuhkan kedudukan Penang 13 minit kemudian apabila dia berjaya melepasi kawalan pertahanan Sabah sebelum tenang menolak bola masuk menewaskan Rozaimie Rohim.- MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN