Trio Bintang Muda Terengganu Kekal Sehingga Musim 2026

Terengganu nampaknya tidak mahu keciciran sebarang pemain prospek mereka, dengan pasukan tersebut sudah pun memulakan langkah awal untuk mengekalkan bintang-bintang muda mereka.

Terbaharu, pasukan tersebut secara rasminya telah pun mengumumkan tiga pemain muda mereka iaitu Muhammad Safwan Bin Mazlan, Muhammad Ubaidullah Shamsul Bin Fazili, serta Muhammad Syahmi Bin Zamri kekal bersama Terengganu sehingga musim 2026.

“3 pemain muda Terengganu FC, Muhammad Safwan bin Mazlan, Muhammad Ubaidullah bin Shamsul Fazili dan juga Muhammad Syahmi bin Zamri memutuskan untuk terus kekal bersama kelab ini dan menandatangani kontrak jangka panjang untuk kekal sehingga 2026.

“Pengendali pasukan, Tomislav Steinbruckner menyatakan ketiga-tiga orang pemain muda ini adalah prospek penting dalam pelan beliau bersama Terengganu FC dan beliau melihatkan pemain ini dan beberapa pemain lain mempunyai kualiti untuk menyarung jersi kebangsaan pada masa akan datang.

“Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada ketiga-tiga pemain ini kerana terus setia bersama pasukan dan terus bersemangat untuk kekal berjuang bersama Terengganu FC,” jelas kenyataan tersebut.

Untuk rekod, ketiga bintang muda ini memainkan peranan cukup penting bersama Terengganu selain menampilkan kualiti permainan menyakinkan untuk beraksi dalam beberapa perlawanan tumpuan.

Malah, Ubaidullah sendiri menjadi antara pilihan utama Terengganu musim ini bawah kendalian Tomislav Steinbruckner, selain khidmatnya turut ditagih Hairuddin Omar untuk saingan Liga MFL.

Maka tidak hairan jika Steinbruckner mahu mengekalkan pemain tersebut yang dianggap memiliki masa depan cukup cerah untuk bergelar sebagai antara pertahanan terbaik masa hadapan buat Terengganu dan negara.

Malah Ubaidullah juga menjadi antara pemain yang sangat menonjol pada aksi final Piala Malaysia 2023 lalu walaupun beraksi di posisi tidak rasminya.

Safwan Mazlan pula sehingga kini dilihat cukup konsisten beraksi dalam mana-mana perlawanan pada usia masih muda bersama beberapa kelebihan dimilikinya.

Pada usia 21 tahun, Safwan tenang mengawal
Benteng pertahanan tengah dan mempunyai kelebihan membuat hantaran jauh dengan tepat serta melepaskan percubaan tepat dari luar kotak penalti.

Untuk pemain serangan iaitu Syahmi Zamri, ianya merupakan permulaan terbaik buat dirinya bersama Terengganu pada musim ini, selepas beliau turut mencipta satu jaringan di pentas AFC.

Di sebalik lambakan pemain senior dan import di posisi serangan, Steinbruckner tidak melupakan kelibat beliau untuk turut menjadi salah satu percaturan penting pengendali tersebut pada musim ini.

Harapan kami, semoga Terengganu terus komited dalam melahirkan para bintang muda berkualiti untuk saingan musim hadapan untuk menjadi aset berguna kepada pasukan kebangsaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN