Trent Alexander-Arnold Jadi Pemain Terbaharu Sertai ‘Senarai Kecederaan’ Liverpool

Trent Alexander-Arnold

Trent Alexander-Arnold menjadi pemain terbaharu berada dalam senarai kecederaan buat skuad Liverpool selepas pemain pertahanan kanan itu dikhabarkan terpaksa diketepikan selama lima minggu susulan kecederaan betis yang dialaminya.

Tonggak utama berusia 22 tahun itu tidak berupaya beraksi penuh masa pada perlawanan Liga Perdana Inggeris bertemu Manchester City, awal pagi semalam apabila beliau terpaksa dikeluarkan pada minit ke-63 dan digantikan dengan James Milner.

Sehubungan dengan itu, laporan terkini daripada Goal menyebut Alexander-Arnold berkemungkinan akan disisihkan sehingga awal bulan Disember yang bermakna beliau bakal terlepas aksi bertemu Leicester City, Atalanta, Brighton, Ajax, Wolves dan Midtjylland.

Keadaan ini bagaikan ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ buat juara bertahan EPL itu selepas The Reds sebelum ini telah kehilangan khidmat Virgil van Dijk, Fabinho, Thiago Alcantara dan Alex Oxlade-Chamberlain.

Kehilangan Alexander-Arnold pastinya amat dirasai pengendali pasukan, Jurgen Klopp kerana pemain skuad kebangsaan England itu sememangnya merupakan sandaran utama beliau apabila menjadi pemain kesebelasan utama bagi kesemua 11 perlawanan buat Liverpool dalam kempen EPL dan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Dengan ketiadaan beliau, peluang kini terbuka luas buat James Milner dan pemain muda, Neco Williams untuk memenangi hati Klopp bagi mengisi kekosongan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Klopp juga berpendapat supaya pertukaran lima orang pemain perlu dikembalikan seperti sebaik sahaja ‘Project Restart’ dimulakan selepas had pertukaran kembali berubah seperti kebiasaan tiga orang pada musim ini.

Pengendali kelahiran Jerman itu menganggap pertukaran lima pemain sebagai satu keperluan buat setiap pasukan sepertimana yang dilakukan oleh liga-liga lain di Eropah.

Kredit featured image: Shaun Botterill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Trent Alexander-Arnold:

Trent Alexander-Arnold Idam Jadi Kapten Liverpool

Trent Alexander-Arnold: Jurgen Klopp Beri ‘Nyawa’ Buat Liverpool

Trent Alexander-Arnold: Keluarga Saya Terlalu Banyak Berkorban

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN