Konami Keluarkan Video ‘Trailer’ Terkini PES2018, Usain Bolt Turut Serta Dalam Video Ini!

Selain FIFA 18, siri Pro Evolution Soccer (PES2018) turut tidak ketinggalan dalam memberikan kepada para peminat mereka mdengenai gambaran permainan baharu mereka itu.

Hasilnya, mereka telah menghasilkan video trailer mereka yang lebih mndalam untuk memberikan info terkini kepada peminat mereka mengenai permainan itu.

Seperti biasa, video trailer tersebut akan menyaksikan beberapa gol akan dicipta semula untuk versi permainan itu

Sebagai contoh di awal video, gol kemenangan Sergi Roberto untuk Barcelona ketika menentang Paris Saint-Germain ketika perlawanan UEFA Champions League telah direka semula oleh PES2018.

Selain itu juga, gol-gol seperti rembatan padu Roberto Firmino ketika menentang Stoke City dan jua rembatan Philippe Coutinho ketika menentang Everton turut direka semula.

Siri-siri menarik seperti Master League dan juga Become A Legend yang dimana kami perasan pihak Konami cuba menambah kembali cutscenes yang menjadikan siri tersebut cukup berjaya.

Apa yang cukup menarik atau pelik mengenai permainan ini adalah, PES2018 turut disertai oleh lelaki terpantas di dunia iaitu Usain Bolt.

Beliau akan ada dengan anda perlu melakukan pra-tempah termainan itu erlebih dahulu.

Kami juga sebenarnya tidak mengerti mengapa Usain Bolt perlu disediakan dalam permainan video bola sepak seperti PES.

Anda boleh saksikan trailer penuh di bawah ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN