Tragedi Superga 1949 Yang Membunuh Pasukan Legenda Il Grande Torino

Tragedi Superga pada 4 Mei 1949 adalah detik hitam dalam bola sepak Itali terutama sekali Torino. Jika tahun 2017 kita dikejutkan dengan nahas melibatkan Chapecoense, pada tahun 1949, peminat bola sepak dunia ketika itu meratapi perkara yang sama.

Kisah persahabatan 

Atas semangat persahabatan, Torino bersetuju menerima jemputan Benfica untuk perlawanan persahabatan tanda perpisahan dengan Francisco Jose Ferreira.

Salah seorang pemain terbaik dalam sejarah Torino dan Itali Mazzola (gambar) bercakap dengan Ferreira selepas tamat perlawanan di antara Itali dan Portugal di Genoa sebelum itu.

Mereka berdua mendapat idea untuk mengadakan persahabatan bagi perpisahan Ferreira dan Benfica. Sekembalinya ke kem kelab, kedua-dua pemain telah memanjangkan hal itu kepada pengurusan mereka.

Dan, kelab mereka bersetuju dengan idea itu. Lalu selepas beberapa perbincangan dan utusan faks, maka 3 Mei 1949 ditetapkan sebagai tarikh perlawanan penghargaan itu.

Torino diberikan lampu hijau untuk mengawalkan tarikh perlawanan menentang Inter Milan ke tarikh 30 April.

Perlawanan menentang Benfica disaksikan 40,000 penyokong dan Torino tewas 4-3 dalam perlawanan tersebut. Benfica memberikan tepukan kepada Ferreira yang bersara daripada bola sepak.

Benfica turut mengucapkan terima kasih kepada penglibatan Torino dalam acara yang sangat bermakna itu.

4 Mei 1949, Il Grande Torino tak pernah balik lagi

Hari berikutnya, pada 4 Mei 1949, pasukan Torino berlepas untuk pulang ke Itali. Cuaca sangat buruk dengan awan tebal di paras bawah dan hujan lebat.

Juruterbang mereka melakukan ‘contact’ radio terakhir melaporkan cuaca buruk. Dan pada pukul 5.05 petang, mereka terhempas merempuh bukit Superga, dipercayai cuba melakukan pendaratan kecemasan.

Kesemua 31 penumpang tekorban dalam nahas tersebut. Sebahagian besar korban pastinya pemain-pemain utama Il Grande Torino.

Gelaran Il Grande Torino diberikan kepada pasukan itu kerana mereka adalah pasukan generasi emas Torino dan merupakan salah sebuah pasukan terbaik di Eropah ketika itu.

Kesemua mereka pergi dan tak pernah kembali lagi ke rumah masing-masing. Senarai nama yang meninggal dunia ialah:

Pemain Torino: Valerio Bacigalupo, Aldo Ballarin, Dino Ballarin, Emilio Bongiorni, Eusebio Castigliano, Rubens Fadini, Guglielmo Gabetto, Ruggero Grava, Giuseppe Grezar, Ezio Loik, Virgilio Maroso, Danilo Martelli, Valentino Mazzola, Romeo Menti Piero Operto, Franco Ossola, Mario Rigamonti dan Giulio Schubert

Jurulatih: Egri Erbstein dan Leslie Levesley

Fisioterapi: Ottavio Cortina

Eksekutif pasukan: Arnaldo Agnisetta, Andrea Bonaiuti dam Ippolito Civalleri

Wartawan sukan: Renato Casalbore (‘founder’ kepada Tuttosport), Renato Tosatti (Gazzetta del Popolo) dan Luigi Cavallero (La Stampa).

Krew pesawat: Pierluigi Meroni, Celeste D’Inca, Celeste Biancardi dan Antonio Pangrazi

Selamanya dalam kenangan

Sebagai penghormatan lebih daripada 500 ribu orang hadir dalam acara pengebumian semua mangsa kemalangan udara itu itu.

Kedai-kedai di bandar Turin ditutup tanda berkabung. Itali turut berkabung.

Sebuah pasukan antara yang terbaik dalam sejarah bola sepak Itali telah dibunuh oleh nahas kapal terbang. Hanya 3 pemain daripada pasukan senior mereka yang terselamat.

Mereka adalah penjaga gol, Renato Gandolfi yang direahatkan dan memberikan peluang kepada Dino Ballarin.

Sauro Tomà dalam proses pemulihan daripada kecederaan lutut dan Ferruccio Novo yang ada masalah pneumonia ketika itu.

Pengulas rasmi kelab mereka Nicolò Carosio juga tidak serta dalam lawatan itu kerana isterinya bersalin.

Pada baki 4 perlawanan terakhir musim 1948/49, Torino menamatkan musim dengam pasukan muda mereka. Pasukan lain turut menurunkan pasukan muda mereka dalam perlawanan menentang Torino untuk baki musim itu.

Torino menamatkan musim tersebut sebagai juara Serie A. 5 mata mengatasi Inter Milan. Namun keraian kejuaraan mereka tetap suram kerana meratapi tragedi tersebut.

Satu perlawanan penghormatan untuk keluarga mangsa nahas diadakan pada 26 Mei 1949 di Stadio Comunale. Pemain-pemain terbaik daripada kelab di Serie A menggunakan jersi Torino menentang River Plate. Perlawanan berakhir 2-2.

Pasukan Il Grande Torino dibarisi 2 pemain tengah sensasi Ezio Loik dan Valentino Mazzola. Loik pemain yang sangat laju. Mazolla pula seorang perancang tengah yang kreatif.

Di serangan mereka ada Guglielmo Gabetto. Manakala di bahagian sayap, mereka ada Franco Ossola dan Romeo Menti.

Penjaga gol mereka juga legenda dalam Serie A iaitu Valerio Bacigalupo. Pasukan Il Grande Torino memang sarat dengan bakat dan diuruskan oleh Erno Egri Erbstein (gambar – tengah).

Erbstein adalah bekas tentera Hungary dalam perang dunia. Beliau menyuntik elemen tentera dalam latihan, taktik dan juga pengurusan beliau.

Itulah serba sedikit sejarah tragedi superga yang ngeri dalam sejarah bola sepak. Setiap tahun, penyokong Torino akan memperingati pasukan legenda mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN