Trivia : 6 Fakta Menarik Mengenai Piala Dunia 1958 Di Sweden

Piala Dunia 1958

Piala Dunia 1958 telah diadakan di Sweden pada 8 sehingga 29 Jun. Dalam edisi ke-6 ini, Brazil muncul sebagai juara Piala Dunia buat kali pertama.

Terdapat sekurang-kurangnya 6 fakta menarik mengenai Piala Dunia 1958. Berikutnya adalah:

1. Fenomena ‘Pelé’


Sebelum Pelé diberi pengiktirafan
sebagai lagenda bolasepak sepanjang zaman. Kisahnya bermula di Piala Dunia 1958.

Pelé yang ketika itu masih berusia 17 tahun, telah berjaya membantu pasukannya menjulang trofi Piala Dunia untuk pertama kalinya.

Dalam edisi ini, Pelé telah menjaringkan enam gol untuk pasukan, antaranya ialah jaringan Hatrik di peringkat separuh akhir bertemu Perancis.

Pelé turut dipilih sebagai pemain muda terbaik kejohanan dengan menerima anugerah Silver Ball (Golden Ball) dan Silver Boot (GoldenBoot).

2. Brazil negara dari benua Amerika pertama menjuarai Piala Dunia di Eropah

Brazil’s national soccer team poses before the World Cup final against Sweden in Stockholm, June 29, 1958. Brazil defeated Sweden 5-2 to win the World Cup. (AP Photo)

Piala Dunia 1958 kembali ke Eropah selepas edisi sebelumnya diadakan di Switzerland, kali ini Sweden berjaya dipilih sebagai tuan rumah.

Sweden dan Brazil berjaya melangkah ke pentas akhir Piala dunia 1958.

Perlawanan akhir yang dilangsungkan di Stadium Råsunda, Solna, menyaksikan Brazil berjaya menewaskan tuan rumah, dengan mencatakan keputusan 5-2.

Info Tambahan : Brazil merupakan negara kedua dari Benua Amerika yang menjuarai kejuaraan Piala Dunia selepas Uruguay.

3. Rekod gemilang Just Fontaine

Pasukan kebangsaan Perancis juga menjadi salah satu pasukan yang berjaya mempamerkan persembahan yang meyakinkan sepanjang kejohanan.

Namun, mereka gagal mara ke pentas akhir selepas tewas 5-2 diatas Brazil dalam perlawanan separuh akhir.

Di sebalik kegagalan Perancis di Piala Dunia 1958, penyokong Les Blues pasti gembira dan bangga keatas seluruh pemain mereka yang telah melakukan yang terbaik, khursusnya penyerang pasukan, Just Fontaine.

Fontaine telah berjaya menjaringkan 13 gol dalam kejohanan tersebut. Beliau telah menjaringkan gol dalam kesemua enam perlawanan Perancis di Sweden.

Bermula dengan jaringan hatrik ketika Perancis menewaskan  Paraguay 7-3. Kehebatan Fontaine tidak dapat dinafikan lagi, beliau terus mencetak dua gol menentang Yugoslavia dan satu gol ketika Perancis tewas 1-2 keatas Scotland 2-1.

Kemudian Fontaine mencipta dua gol lagi menentang Ireland Utara, sekaligus berjaya membawa Perancis ke separuh akhir, sebelum tewas bertemu Brazil.

Dalam perlawanan tersebut, Fontaine turut berjaya menjaringkan 1 gol pada minit ke-9.

Sehingga kini, rekod jaringan Fontaine masih belum berjaya dipecahkan oleh mana-mana pemain dalam setiap edisi Piala Dunia.

Info Tambahan : Miroslav Klose merupakan penjaring gol terbanyak edisi Piala Dunia sebanyak 16 gol ( 2002-2014)

4. Rekod jaringan terbanyak dalam perlawanan akhir


Piala Dunia 1958 telah menyaksikan jumlah rekod jaringan terbanyak dalam perlawanan akhir.

Dalam edisi tersebut, sebanyak 7 gol berjaya dihasilkan pada perlawanan akhir. Brazil telah menewaskan Sweden 5-2. Gol Brazil dihasilkan oleh Vavá ( minit ke-9 dan 32), Pelé (minit ke-55 dan 90) dan Mário Zagallo pada minit ke-68 manakala gol Sweden disumbangkan oleh Nils Liedholm dan Agne Simonsson.

Berikut jumlah rekod jaringan gol bagi edisi Piala Dunia sebelum ini:

Piala Dunia 1930 : Uruguay 4-2 Argentina
Piala Dunia 1934 : Itali 2-1 Czechoslovakia
Piala Dunia 1938 : Itali 4-2 Hungary
Piala Dunia 1950 : Uruguay 2-1 Brazil
Piala Dunia 1954 : Jerman Barat 3-2 Hungary

5. Empat negara boikot Piala Dunia 1958


Empat negara iaitu Turki, Mesir, Sudan dan Indonesia telah membuat keputusan untuk memboikot edisi Piala Dunia pada tahun 1958.

Alasannya adalah tindakan FIFA yang telah membenarkan Israel menyertai pusingan kelayakan Piala Dunia di peringkat benua Asia-Afrika.

Rundingan bersama presiden FIFA, Arthur Drewry tidak menemui jalan penyelesaian. Indonesia, Turki, Mesir dan Sudan tetap diundi bersama Israel diperingkat kumpulan.

Faktor politik dan penindasan keatas rakyat Palestine menjadi punca utama empat negara Islam tersebut bersepakat untuk memboikot edisi Piala Dunia 1958.

Tindakan memboikot FIFA tidak menjejaskan proses perlawanan kelayakan. FIFA telah mengubah format perlawanan kelayakan dimana, Israel ditemukan dengan Wales dalam perlawanan playoff. Dalam perlawanan itu, Wales menang 2-0.

6. Argentina tidak membawa jersi kedua pasukan


Dalam permainan bolasepak, jersi merupakan aset yang penting bagi menentukan perbezaan diantara kedua-dua pasukan yang beraksi diatas padang.

Namun terdapat satu fakta menarik yang berlaku pada Piala Dunia 1958, dimana pasukan kebangsaan Argentina tidak membawa jersi kedua mereka.

Dalam perlawanan pertama, Argentina terpaksa meminjam jersi kelab tempatan iaitu IFK Malmödi disebabkan persamaan warna jersi dengan pasukan Jerman Barat.

Argentina yang berseragam kuning tewas 1-3 keatas Jerman Barat dalam perlawanan yang diadakan di Stadion Malmö.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN