Totti Akui Sukar Untuk AS Roma Tolak Tawaran Liverpool Beli Alisson

Liverpool kini sekali lagi telah pun membeli pemain dari AS Roma pada musim ini.

Jika pada musim lalu, mereka mendapatkan Mohamed Salah. Kini mereka mendapatkan Alisson Becker dari kelab Serie A itu.

Penjaga gol itu dibeli dengan rekod perpindahan termahal di dunia bagi pemain yang beraksi di posisi penjaga gol apabila Liverpool membayar yuran perpindahan £65 juta.

Yuran itu cukup besar untuk seorang penjaga gol tidak kira pada era mana pun.

Malah, turut diakui oleh pihak AS Roma sendiri yang tawaran yang dilakukan oleh Liverpool untuk penjaga gol kebangsaan Brazil itu terlalu sukar untuk ditolak.

Menurut legenda AS Roma iaitu Francesco Totti, mereka jelas tidak mampu menolak sejumlah wang yang begitu besar bagi seorang penjaga gol.

“Alisson? Nilai di pasaran ketika ini sudah pun berubah.”

“Nilai £65 juta untuk seorang penjaga gol itu pertama kali ditawarkan dan kami tidak mampu untuk katakan tidak kepadanya.”

(Photo by Matteo Ciambelli/NurPhoto via Getty Images)

Menurut Totti, mereka sememangnya mengalami kesan selepas kehilangan pemain berkaliber seperti Alisson.

Walaupun begitu, mereka terus komited untuk mencipta skuad yang mampu bersaing sengit tidak kira siapa pun yang bermain.

“Kami membina skuad muda untuk masa hadapan.”

“Kami akan cuba kuatkan pasukan ini secepat yang boleh, supaya AS Roma boleh bersaing di peringkat atasan.”

“AS Roma mungkin kehilangan salah seorang penjaga gol terbaik di dunia, tetapi macam mana pun kami akan bina skuad yang cukup kuat.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN