Tottenham Sedia ‘Sailang’ Lautaro Martinez Dari Arsenal

Lautaro Martinez

Nampaknya, Arsenal dijangka bakal gigit jari.

Sebelum ini, Arsenal dikaitkan dengan perpindahan bintang Inter Milan iaitu Lautaro Martinez.

Dengan Arsenal dilihat sebagai kelab tunggal dari Premier League yang mahukan Martinez, mereka dijangka mampu mendapatkan pemain tersebut.

Masuk ke gelanggang, Tottenham Hotspur.

Musuh tradisi Arsenal itu dilihat cuba memintas Arsenal dalam usaha mendapatkan Martinez.

Lautaro Martinez Boleh Tinggalkan Inter Tapi Untuk 3 Pasukan Ini Sahaja

Menurut Football London, Tottenham dilihat satu langkah di depan Arsenal dalam usaha mendapatkan bintang Argentina itu.

Hal ini kerana, Tottenham bersetuju dengan Inter untuk mendapatkan Martinez pada harga yang ditetapkan oleh kelab Itali itu.

Tottenham dilihat bersedia membayar dengan harga €60 juta yang diminta pada Inter dan jika tiada sebarang masalah Martinez akan menyertai kelab London itu.

Jika perpindahan ini berjaya dilaksanakan, ianya boleh menjadi dua kemungkinan sama ada Martinez dibeli untuk digandingkan dengan Harry Kane atau menjadi pengganti kapten England itu yang mahu berpindah.

Tottenham dikatakan sudah mencapai persetujuan untuk Martinez lebih awal daripada Chelsea ketika mendapatkan lampu hijau untuk Romelu Lukaku.

Akan tetapi, dilema melanda Inter kerana sekiranya berlaku perpindahan ini maka mereka akan kehilangan dua penyerang utama iaitu Martinez dan Romelu Lukaku.

Inter kini sedang terdesak memerlukan wang jadi tidak hairan mengapa mereka bersedia melepaskan Martinez dan Lukaku walaupun sukar.

Sebelum ini mereka telah melepaskan Achraf Hakimi ke Paris Saint-Germain.

Menyedari kesukaran ini, Inter sedang berusaha untuk mendapatkan Duvan Zapata dari Atalanta.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN