Tottenham Lepaskan Conte Supaya Misi Ke UCL Berjaya Dicapai

Antonio Conte

Tottenham Hotspur akhirnya memilih untuk melepaskan Antonio Conte selepas kedua-dua entiti memilih untuk berpisah secara baik.

Menurut kenyataan kelab, Conte meninggalkan kelab utara London itu “atas persetujuan bersama” selepas sudah beberapa kali pengurus daripada Itali itu menempelak secara terang-terangan berkenaan Tottenham yang jelas tidak beraksi dengan baik.

“Kami boleh umumkan yang Antonio Conte telah meninggalkan kelab secara persetujuan bersama.

“Kita berjaya memperoleh kelayakan ke UEFA Champions League ketika musim pertama beliau bersama kelab. Kami mengucapkan terima kasih kepada Conte di atas sumbangannya dan semoga berjaya di masa akan datang,” kata Tottenham dalam kenyataannya.

Pemergian Conte ini sedikit sebanyak merupakan keputusan pihak kelab untuk melakukan gerak gempur terhadap misi layak ke saingan UCL musim hadapan.

Menurut pemilik kelab, Daniel Levy, dengan musim Premier League kini cuma tinggal 10 perlawanan sahaja ini adalah masanya untuk bekerja keras dan mendapatkan kejayaan.

“Kita ada baki 10 perlawanan dalam saingan Premier League dan perlu mengerah kudrat untuk mendapatkan slot dalam UCL.

“Kita perlu lakukannya bersama. Semua pihak perlu mara ke depan untuk memastikan kedudukan yang tertinggi yang mampu kita capai demi kelab dan penyokong yang cukup mengagumkan,” kata Tottenham lagi.

Dengan pemergian Conte, Tottenham akan dipimpin oleh Cristian Stellini buat sementara waktu sambil dibantu oleh Ryan Mason.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN