Tottenham Ikrar Komitmen Jayakan ‘Shooting’ Dokumentari Musim 2019/20

Tottenham Hotspur mengesahkan bahawa mereka kini sedang fokus dalam penggambaran dokumentari bersiri terbitan Amazon, All Or Nothing.

Dokumentari tersebut akan merakamkan aksi Spurs sepanjang musim 2019/20.

“Tottenham dalam kenyataan media mereka berkata: “Tottenhan akan memberikan fokus kepada dokumentari bersiri terbaru terbitan Amazon – yang memaparkan perjalanan kelab sepanjang musim 2019/20.”

“Dokumentari beberapa siri ini akan memberikan peluang kepada penonton akses untuk menyaksikan aksi di sebalik tadbir kami sepanjang musim. Dan juga melihat lebih dekat cara kami bekerja setiap hari dalam kelab bola sepak ini, di pusat latihan dengan fasiliti berkelas dunia di Hotspur Way dan pejabat Lilywhite House.”

Selain itu dokumentari ini juga membolehkan penonton mengikuti kisah di sepanjang pembinaan stadium baharu. Selain daripada itu, ia juga memaparkan beberapa aspek unik dalam kelab. Ini termasuk penganjuran perlawanan NFL dan perlawanan rabgi di stadium serba canggih.

Para penonton turut disajikan dengan kisah pasukan lelaki dan wanita.

Spurs berbangga dengan kerjasama ini dan menambah: “Edisi terbaru All or Nothing ini diterbitkan oleh pemenang 72 anugerah perfileman.”

“Ianya kerjasama dengan NFL Films – untuk memastikan program ini mencapai kejayaan seperti mana siri dokumentari terbiak Amazon sebelum ini – yang menampilkan Arizona Cardinals, Los Angeles Rams dan the Dallas Cowboys dalam sukan NFL, New Zealand All Blacks serta yang paling baru Manchester City.”

Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan Tottenham Hotspur, Aidan Mullally berkata: “Ini adalah sesuatu yang mengujakan kita semua untuk menjadi sebahagian daripada kelab bola sepak ini.”

“Amazon akan bersama-sama kita semua sepanjang perjalanan , pada musim ini.”

Beliau juga menganggap penglibatan Spurs dalam dokumentari ini akan membolehkan rakan-rakan niaga Spurs yang lain rasa teruja dengan perkongsian kisah unik pasukan itu.

Georgia Brown, Pengarah kepada siri yang melibatkan negara Eropah, berkata: “Kita sangat gembira untuk terlibat sama dalam perjalanan ini dengan Tottenham Hotspur dan memaparkan satu lagi kisah pasukan yang paling mengujakan di EPL.”

“All or Nothing telah menjadi francais berkualiti sebenar serta memberikan akses yang terbaik, seperti mana siri-siri sebelum ini”

Amazon turut menjanjikan kepuasan kepada para penonton untuk menyaksikan suka duka Tottenham Hotspur sepanjang musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN