Tottenham kalahkan Wycombe Wanderers dalam saingan FA Cup yang cukup menarik.
Ketinggalan
Tottenham yang bermain di laman sendiri, bagaimana pun ketinggalan menerusi Paul Hayes pada minit ke-23, ia kemudiannya disusuli dengan jaringan dari beliau sekali lagi pada minit ke-36.
Prestasi mengejutkan dari Totteham ini menyaksikan mereka perlu untuk bangkit dengan kadar segera di separuh masa kedua.
Ia nampak sedikit berhasil apabila Son Heung-Min berjaya memeperoleh gol pada minit ke-60 untuk kembali membawa Tottenham dalam perlawanan.
Namun, sepakan penalti dari Vincent Janssen pada minit kr-64 memberikan kedudukan antara kedua-dua pasukan kembali setara.
Akan tetapi, pasukan pelawat berjaya memperoleh kembali pendahuluan mereka selepas Garry Thompson berjaya menjaringkan gol pada minit ke-83.
FA Cup sering memberikan kejutan apabila pasukan-pasukan kecil berjaya menewaskan pasukan besar.
Kejutan itu hampir terjadi semalam di gelanggang Spurs, namun ia dinafikan apabila Dele Alli menjaringkan gol penyamaan sekali lagi pada minit ke-89 untuk pasukan tuan rumah.
Perlawanan memasuki tempoh masa kecederaan yang panjang, dan siapa sangka pemenang berjaya ditemui di situ.
Ia terjadi pada minit ke-90+7 apabila Son Heung-Min berjaya menolak masuk bola ke dalam pintu gol ketika perlawanan memasuki sesi ‘percubaan terakhir’.
Ia memberikan kemenangan kepada Tottenham dan kekecewaan kepada Wycome yang berusaha memberikan aksi terbaik.
2 lagi musuh Tottenham di London juga menang. Chelsea menewaskan Brentford, sementara Southampton kalah ditangan Arsenal.
Baca juga: Penjaga Gol Ini Dilayangkan Kad Merah Yang Paling Pelik!