Pemain Tottenham Hotspur Ambil Cabaran Sepak Takraw, Lamela Pamer Bakat Semula Jadi

Reputasi sukan sepak takraw yang berakar umbi di Asia Tenggara kini semakin mendapat perhatian dunia.

Kebanyakan negara di Asia kini sudah mula bermain permainan ini. Malah negara-negara dari luar Asia seperti Amerika Syarikat dan juga Jerman sudah punya pasukan kebangsaan sepak takraw mereka sendiri.

Di Eropah, sepak takraw dianggap sebagai gabungan bagi seni mempertahankan diri Kung Fu dan juga sukan bola sepak. Laman Youtube Copa90 pernah bercerita mengenai sukan ini.

Jadi bagaiamana pula jika pemain bola sepak cuba untuk menimbang bola takraw?

Nampak seperti mudah, namun bagi yang tidak biasa dengan bola yang diperbuat dari rotan pasti pada mulanya akan berasa selesa dengannya.

Pemain-pemain Tottenham Hotspur adalah antara yang tidak ketinggalan ingin mencuba skil sepak takraw mereka. Mereka telah mengadakan cabaran menimang bola melibatkan 3 pemain mereka.

Danny Rose, Erik Lamela dan penjaga gol ke-3 (pinjaman dari Espanyol) iaitu Pau Lopez telah mengambil cabaran ini.

Peraturannya, 1 mata akan diberikan untuk setiap timangan yang menggunakan teknik biasa dan 2 mata diberikan untuk timangan menggunakan kaki dalam (inside foot).

Jadi siapa akan menang?

Danny Rose menunjukkan skil timangan yang baik dan tenang walaupun menggunakan bola takraw.

Tetapi apa yang mencuri tumpuan adalah Erik Lamela, beliau punya skil takraw yang cukup tulen!

Bagaiamana pula dengan Pau Lopez? Penjaga gol juga punya skil timangan yang hebat juga!

Jadi, siapakah yang paling hebat antara mereka bertiga? Beritahu kami di ruangan komen!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN