Tottenham Hotspur Perlu Tewaskan Arsenal Untuk Terus Jadi Pencabar Kejuaraan Liga Perdana Inggeris

Tottenham Hotspur

Craig Bellamy percaya hanya kemenangan keatas Arsenal pada hujung minggu ini dapat meletakkan Tottenham Hotspur sebagai pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim 2017/18.

Skuad bimbingan Mauricio Pochettino itu berjaya memulakan saingan awal musim dengan baik apabila berada ditangga ke-3 liga dengan mencatatkan 23 mata daripada 11 perlawanan yang telah dilalui.

Bagaimanapun rekod kecemerlangan mereka sedikit tercalar apabila tunduk ditangan Chelsea dan Manchester United yang membuatkan pasukan tersebut keciciran mata untuk mengejar Manchester City yang gah 8 mata dihadapan ketika ini.

Spurs tewas 2-1 pada perlawanan kedua di laman sendiri ketika bertemu Chelsea manakala Manchester United membuatkan anak buah Pochettino berputih mata bulan lalu menerusi jaringan tunggal Anthony Martial pada penghujung permainan di Old Trafford.

Bellamy yang turut pernah beraksi bersama Manchester City menegaskan Tottenham memerlukan kemenangan keatas Arsenal di gelanggang lawan untuk tidak membiarkan mereka semakin ditinggalkan oleh Manchester City yang kian selesa di carta teratas liga.

”Pasukan yang boleh bersaing dengan Manchester City bagi merebut kejuaraan liga musim ini adalah Spurs,” kata Bellamy dalam rancangan The Debate di Sky Sports.

”Tetapi mereka perlu menang perlawanan minggu ini.”

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada perlawanan liga musim lalu di Stadium Emirates manakala Tottenham Hotspur berjaya menundukkan Arsenal ketika perlawanan di White Hart Lane dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Delle Alli dan Harry Kane.

Selepas tamat 11 perlawanan liga, Manchester City mencatatkan 10 kemenangan dan 1 seri bagi memperoleh 31 mata. 8 mata mengatasi Manchester United dan Tottenham Hotspur. Chelsea ditempat ke-4 setelah mengumpul 22 mata.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN