Tottenham Hotspur Bidas Marca Siar Artikel Asal Usul Yahudi

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur berkata mereka terkejut dengan sebuah artikel oleh sebuah akhbar tabloid di Sepanyol, Marca, yang mendakwa kelab London itu dibenci ramai kerana salasilah suku kaum Yahudi kelab London tersebut.

Akhbar yang berpusat di Madrid tersebut menyiarkan secara bercetak laporan berkenaan, sebagai sebahagian daripada liputan perlawanan membabitkan kelab London berkenaan yang akan berkunjung ke Santiago Bernabeu untuk perlawanan menentang Real Madrid.

Perlawanan di antara Tottenham Hotspur dan Real Madrid yang akan berlangsung pada awal pagi Rabu nanti adalah perlawanan ketiga kumpulan H, UEFA Champions League (UCL) membabitkan kedua-dua buah pasukan.

Artikel berkenaan yang dihasilkan oleh seorang wartawan berpengalaman, Enrique Ortega mendakwa Spurs dibenci oleh penyokong lawan. Antara petikan artikel tersebut berbunyi:

“Salasilah dan asal usul Yahudi kelab tersebut menyebabkan mereka dibenci oleh penyokong lawan. Namun dalam sejarah 135 tahun Tottenham Hotspur, mereka sentiasa mempunyai gaya permainan dan pemain yang hebat.”

Tottenham Hotspur turut mengeluarkan satu kenyataan mengenai artikel tersebut. Kenyataan yang turut diedarkan oleh ESPN FC itu berbunyi:

(Photo credit should read BEN STANSALL/AFP/Getty Images)

“Kami amat terkejut apabila sebuah organisasi seperti Marca yang sering mendakwa diri mereka mengamalkan etika kewartawanan yang profesional, telah menerbit sebuah artikel yang jelas mempunyai fakta yang salah dan boleh menimbulkan keraguan.”

Secara tradisi, Tottenham mempunyai kumpulan penyokong yang besar dari komuniti Yahudi. Kumpulan penyokong tersebut menggelar diri mereka ‘Yids’, salah satu cara negatif untuk penganut agama Yahudi.

Pada 2013, pihak FA turut memberi amaran kepada semua penyokong kelab-kelab di EPL untuk berhenti melaungkan perkataan ‘Yid’.

Sebarang laungan dengan perkataan tersebut akan mengakibatkan pelaku akan ditahan pihak polis kerana menggunakan perkataan yang dianggap berbaur perkauman dan mengamalkan diskriminasi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN