Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards menafikan bahawa bintang Atletico Madrid, Fernando Torres ke JDT.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Alistair Edwards melalui media sosial rasmi Facebook, JOHOR Southern Tigers (JST).
Beliau berkata:
“Terdapat banyak spekulasi di laman media sosial dan orang bertanya kepada saya yang mengatakan Fernando Torres akan menyertai JDT dari Atletico Madrid pada jendela perpindahan akan datang ini.”
“Walaupun kelab amat berbesar hati dikaitkan dengan pemain yang mempunyai nama besar tersebut, saya memberi jaminan bahawa Torres tidak akan menyertai kami.” Ujar Alistair dalam kenyataa tersebut.”
Fernando Torres, kini berumur 33 tahun adalah bintang Sepanyol yang turut pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama-sama Liverpool sebelum berhijrah ke Chelsea.
Fernando Torres membuat 102 penampilan bersama Liverpool, menjaringkan sejumlah 65 gol sebelum berhijrah ke Chelsea dengan nilai perpindahan sekitar £50 juta pada Januari 2011.
Walaupun prestasi beliau sering dikritik selepas perpindahan ke Stamford Bridge, Torres membantu kelab dari London berkenaan untuk menjulang Piala Fa dan UEFA Champions League pada musim 2011-2013 dan UEFA Europa League pada musim berikutnya.
Di peringkat antarabangsa, Fernando Torres merupakan sebahagian daripada skuad Sepanyol yang menjulang Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Torres juga membantu Sepanyol untuk mucul juara dua edisi Euro pada tahun 2008 dan 2012.
Alistair Edward menegaskan berita yang tular mengenai kedatangan Torres ke Larkin adalah khabar angin semata-mata.
Sambil menegaskan JDT sebagai sebuah kelab yang kecil berbanding dengan pesaing mereka yang lain, Alistair mengaku JDT mempunyai bajet yang terhad untuk membawa bintang seperti Torres.
Dalams kenyataan yang sama, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim itu turut mengakui fokus kelab berkenaan pada masa ini adalah untuk membentuk akademi JDT yang mantap dan juga pembinaan sebuah stadium baharu.
Kami berharap kenyataan ini dapat menjawab segala persoalan. Dari awal musim lagi TMJ menggariskan isu pemotongan kos operasi musim ini.
Baca juga: FAM Bakal Umum Ketua Jurulatih Malaysia Dalam 3-4 Hari, Nafi Paulo Bento Calonnya