Kehadiran Joe Hart ke Torino sebagai pemain pinjaman nyata menimbulkan kegembiraan bagi para peminatnya.
Mana tidaknya kelab seperti Torino berjaya mendapatkan khidmat penjaga gol utama bagi sebuah negara seperti England adalah satu perkara yang cukup baik.
Namun sudah menjadi kebiasaan, pemain dari England memperoleh gaji yang cukup tinggi dan kelab seperti Torino tidak mampu untuk mendapatkan Hart sebagai pemain tetap.
Isu mengenai Hart dan Torino berterusan. Ke mana Hart akan pergi selepas sesi pinjaman di Torino? Dan siapa akan menjadi pengganti Hart di Torino?
Nampaknya satu masalah telah selesai.
Torino berjaya mendapatkan khidmat penjaga gol Salvatore Sirigu dari Paris Saint-Germain (PSG) bagi menyelesaikan masalah penjaga gol mereka.
Beliau yang seolah-olah tidak diperlukan lagi di PSG telah dipinjamkan di beberapa kelab di La Liga iaitu bersama Sevilla dan Osasuna.
Sirigu memilih untuk meninggalkan PSG atas persetujuan bersama dan hadir ke Torino sebagai pemain free agent.
Bagi Sirigu, beliau merasakan ini peluang terbaik untuk bermula semula dalam karier beliau. Apa yang pasti beliau rasa diperlukan di kelab tersebut.
“Torino bersama-sama presiden membuatkan saya seperti diperlukan disini. Terima kasih saya ucapkan.”
Sumber:
1. BBC Sport (2017): Salvatore Sirigu: Torino Sign Italy International From Paris Saint-Germain; http://www.bbc.com/sport/football/40422710