Quantcast

BERITA

Tony Fernandes Umum Harga Tambang Khas Untuk Ekor Harimau Malaya Ke Bangkok

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes sebentar tadi mengumumkan harga khas untuk tambang penerbangan yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan tambang murah terkemuka dunia itu.

Pengumuman tersebut dilakukan khusus untuk penyokong-penyokong pasukan bola sepak negara yang ingin ke Bangkok untuk memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya.

(Photo by Clive Rose/Getty Images)

Perlawanan separuh akhir kedua

Pasukan negara akan berhadapan dengan Thailand pada malam ini di peringkat separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018. Pusingan kedua peringakat perlawanan yang sama akan diadakan di Bangkok pada 5 Disember hadapan.

Sebelum ini terdapat permintaan daripada komuniti bola sepak negara agar Air Asia menawarkan harga promosi untuk penerbangan mereka ke Bangkok – bagi memudahkan urusan penyokong memberikan sokongan kepada pasukan negara.

Setelah menyatakan persetujuan untuk mengkaji permintaan tersebut, jutawan industri penerbangan itu akhirnya mengumumkan tawaran tersebut melalui akaun twitter beliau pada hari ini.

Penerbangan terpilih

Berdasarkan kenyataan dari Tony Fernandes, penerbangan pilihan khusus untuk menikmati tawaran istimewa tersebut ialah untuk penerbangan AK9422 dari Kuala Lumpur ke Bangkok, 5 Disember, untuk penerbangan jam 10:50 pagi dari KLIA2.


Untuk penerbangan kembali, penerbangan AK9433 dari Bangkok ke Kuala Lumpur, 6 Disember, untuk penerbangan jam 3:50pm disediakan.

Harga keseluruhan tambang untuk pergi dan balik ialah RM350. Namun tawaran ini hanya terhad untuk 160 ekor Harimau Malaya yang akan memberi sokongan kepada pasukan negara.

Terima kasih Tony Fernandes

Bagi pihak komuniti bola sepak, kami juga mahu mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Tony Fernandes dan Air Asia untuk usaha ini.

Apa-apa pun ayuh kita berikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya dalam perlawanan malam ini terlebih dahulu.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!