Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes hari ini mengumumkan pihaknya sedang merancang untuk menyediakan penerbangan khas khusus untuk penyokong Harimau Malaya dan Ultras Malaya yang ingin ke Bangkok memberikan sokongan padu kepada skuad negara untuk aksi separuh akhir kedua Piala AFF pada 5 Disember depan.
Dalam satu muat naik di laman twitter rasminya, beliau berkata maklumat lanjut mengenai penerbangan khas itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan beliau berharap para penyokong dapat hadir memberi sokongan padu pada hari Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Okay Ultras Tranung, penerbangan khas dengan tambang rendah akan diaturkan. Nikmatilah..Pastikan sokongan padu dan suara anda kuat pada hari sabtu ini,” kata Tony.
https://twitter.com/tonyfernandes/status/1067960893743357953
Dalam kempen Piala Suzuki AFF, Malaysia yang juga merupakan naib juara Kumpulan A, akan bertemu Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 1 Disember ini (Sabtu), sebelum berkunjung ke Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok untuk aksi separuh akhir kedua.
Sebelum ini, terdapat pertanyaan daripada segelintir penyokong Malaysia sekiranya Air Asia boleh menyediakan penerbangan khas dengan diskaun untuk mereka menyaksikan perlawanan di Bangkok.
Hello @tonyfernandes @AirAsia ! Will u offer any chartered flight to all “Ekor Harimau Malaya” for this upcoming #AFFSuzukiCup2018 semifinal in Bangkok? We need KUL-DMK-KUL flight for supporting our Harimau Malaya!! I still remember in 2012 with “SemangatHarimauMuda” plane 🐯🇲🇾💪🏼
— Mohd Fardy Rafeq (@IamFardyRafeq) November 26, 2018
Hasil semakan kami melalui laman sesawang Air Asia sebentar tadi, kos penerbangan pergi dan balik boleh mencecah sehingga RM628. Penerbangan khas yang diumumkan oleh Tony Fernandes akan memberikan lebih penjimatan, iaitu harga jauh lebih murah daripada harga sebenar di laman sesawang tersebut.
Malah, tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF kini laris bagaikan pisang goreng panas. 40,000 tiket yang diperuntukkan untuk jualan secara ‘online’ sudah habis dijual.
Difahamkan jualan tiket di beberapa cawangan Al-Ikhsan dan kedai sukan Football Republic turut laris dan habis dalam masa satu jam sejak pagi tadi.
Keadaan semasa di kaunter pembelian tiket di SNBJ. Gila punya panjang. Pundey. pic.twitter.com/l6otN4LZPk
— HermyR (@HermyRahim) November 29, 2018
Al-Ikhsan Plaza Alam Sentral pic.twitter.com/Y8AawaSfOH
— Aysha Ridzuan (@ayshardzn) November 29, 2018
Ayuh, tunggu apa lagi. Dapatkan tiket anda sebelum kehabisan. Mari kita beramai-ramai gegarkan Thailand pada hari Sabtu ini.