Tony Fernandes: “Rombak Piala FAM, Jadikan Ia Relevan Dengan Sistem Bola Sepak Moden”

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes mencadangkan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengkaji semula format pertandingan Piala FAM sebagai liga divisyen tiga di dalam negara ini.

Pada pandangan Tony, format sedia ada dalam pertandingan Piala FAM dalah kurang menarik, malah kurang relevan dengan sistem bola sepak sedia ada.

Kredit: PJ Rangers, Facebook

Beliau turut berpendapat ia wajar disusun semula supaya pertandingan tersebut lebih mudah difahami oleh penyokong, sekaligus menarik minat penyokong untuk terlibat di dalam liga divisyen tiga bola sepak negara itu.

Bercakap kepada Berita Harian, Tan Sri Tony Fernandes dipetik sebagai berkata:

“Apa yang penting sekarang kita perlu ada hanya satu liga divisyen tiga bukan dua,  yang mana juara dan naib juara kemudiannya akan layak secara automatik ke Liga Perdana, manakala pasukan di tempat ketiga perlu melalui aksi play-off.”

“Selain itu, perlawanan akhir pula mesti diadakan hanya sekali sahaja bagi memastikan penonton benar-benar teruja untuk datang ke stadium.”

Kredit: PJ Rangers, Facebook

“Kita juga perlu menamakan setiap kelab dengan nama seperti MBPJ, FELDA, FELCRA atau PJ Rangers supaya ia mudah diingati oleh peminat bola sepak tanah air.

“Kita turut berharap jadual aksi Piala FAM dipinda ke waktu petang atau malam Sabtu bagi menarik peminat sukan tanah air untuk membawa ahli keluarga masing-masing menyaksikan perlawanan membabitkan kelab kesayangan mereka.”

Beliau berkata demikian di dalam satu majlis menandatangani perjanjian dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi menaiktaraf Stadium MBPJ, Kelana Jaya, sekaligus menjadikan stadium berkenaan sebagai gelanggang rasmi PJ Rangers pada musim hadapan.

Kredit: PJ Rangers, Facebook.

Dalam perkembangan lain, Tony yang juga merupakan pemilik kepada kelab Inggeris Queens Park Rangers (QPR) berkata musim ini PJ Rangers akan menggunakan lebih ramai tenaga muda, dan digandingkan dengan pemain berpengalaman untuk membawa cabaran PJ Rangers dalam saingan Piala FAM pada musim hadapan.

Misi PJ Rangers ialah untuk layak ke 100Plus Liga Premier pada musim 2019. Sehubungan dengan itu, PJ Rangers turut telah melantik bekas ketua jurulatih skuad Harimau Muda C, Hassan Sazali Mohd Waras untuk mengemudi pasukan pada musim akan datang.

Kredit: PJ Rangers, Facebook

Tony Fernandes turut mengesahkan PJ Rangers akan menubuhkan sebuah akademi bola sepak bertaraf dunia di Petaling Jaya.

Akademi berkenaan akan dibimbing oleh bekas jurulatih QPR, Christopher Ramsey yang pernah melatih Tottenham Hotspur dan pasukan bawah 20 tahun, England.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN