Tony Fernandes Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Queens Park Rangers

Kini, era beliau di kelab tersebut telah pun berakhir.

Pemilik syarikat tambang murah AirAsia iaitu Tony Fernandes telah mengambil keputusan untuk turun dari jawatan beliau sebagai pengerusi Queens Park Rangers (QPR).

Menurut laporan BBC Sport, ahli perniagaan berkerakayatan Malaysia itu meletakkan jawatan bersama-sama dengan pengerusi bersama beliau iaitu Ruben Gnanalingam.

Keputusan ini dibuat selepas Tony berasakan beliau telah berjaya menyelesaikan pelbagai hal mengenai pengurusan kelab London tersebut.

Antara perkara yang berjaya diselesaikan beliau adalah isu QPR dengan peraturan UEFA iaitu Financial Fair Play Rules (FFP).

LONDON, ENGLAND – MAY 16: QPR owner Tony Fernandes looks on during the Barclays Premier League match between Queens Park Rangers and Newcastle United at Loftus Road on May 16, 2015 in London, England. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

“Adalah penting untuk saya mengundurkan diri dari jawatan pengerusi Queens Park Rangers selepas berjaya menyelesaikan pelbagai isu antaranya mengenai Financial Fair Play dan juga melestarikan kelab.”

“Selain itu, kami berjaya membina sebuah akademi pemain yang kukuh selain mempunyai barisan kejurulatihan yang ampuh.”

Kata Fernandes lagi, kini telah tiba masanya untuk QPR mempunyai pengerusi baharu untuk merencana masa depan kelab selepas isu-isu terdahulu berjaya diselesaikan.

“Ianya masa yang baik untuk perubahan dilakukan kerana kelab kini sudah berada di tahap yang stabil.”

“Ia akan berikan pengerusi baharu satu asas yang baik untuk membina masa depan yang lebih baik.”

Tugas sebagai Pengerusi QPR kini akan disandang oleh Amit Bhatia.

LONDON – MARCH 25: Vice chairman Amit Bhatia attends the Queens Park Rangers Kit Launch at Loftus Road Stadium on March 25, 2008 in London, England. (Photo by Dan Kitwood/Getty Images). (Photo by Dan Kitwood/Getty Images)

Pelantikan Bhatia sebagai pengerusi baharu bertepatan dengan kemahuan Fernandes yang mahukan seseorang yang sering berada di London.

“Eloklah pengerusi baharu ini orang yang sentiasa berada di London.”

Fernandes menjadi pemegang hak utama QPR sejak 2011, memiliki 66% dari pegangan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN