Tanyakan kepada mana-mana penyokong bola sepak Selangor, kalian pasti masih ingat akan nama Tony Cottee.
Bekas penyerang England ini menyertai skuad The Red Giants pada musim 1996-1997.
Secara keseluruhan, pemain kelahiran London ini tampil di dalam 31 perlawanan, dan menjaringkan 17 gol sepanjang bersama Selangor.
Walaupun hanya bersama Selangor tidak sampai setahun, Cottee sempat membantu Selangor muncul juara Piala FA pada 1997.
Ianya adalah 23 tahun yang lalu pemain berbangsa Inggeris itu menyertai Selangor.
23 years ago this month I left my beloved #Hammers for #Selangor
At the time I said: “I’m leaving West Ham with a certain amount of sadness because, first and foremost, I’m a great fan of the club”
Malaysia is a great country, fantastic people & life is about having experiences pic.twitter.com/WG2F3pO40b
— Tony Cottee (@TonyCottee9) October 21, 2019
Melalui satu ciapan di akaun Twitter peribadi, Cottee mengenang kembali nostalgia lama saat beliau meninggalkan West Ham untuk menyertai Selangor.
Menurut Cottee, beliau sedih meninggalkan West Ham pada ketika itu kerana beliau adalah penyokong setia The Hammers.
Bagaimanapun Cottee tetap bertanggapan Malaysia adalah sebuah negara yang hebat dengan penduduknya, dan kehidupan adalah untuk mencari pengalaman,
Selepas meninggalkan Selangor, Cottee kembali untuk menyertai Leicester City untuk saingan musim 1997/98 dan juga Birmingham City pada jendela perpindahan Januari secara pinjaman.
Selepas kembali beraksi untuk Leicester City untuk beberapa musim lagi, Cottee menyertai Norwich City sebagai pemain-jurulatih. Namun oleh kerana tidak berjaya memenuhi jangkaan kelab, beliau menamatkan kontrak beliau lalu pergi ke Barnet.
Tempoh beliau di Barnet juga tidak panjang, beliau cuma bertahan untuk seminggu sahaja di kelab!
Akhirnya, Cottee menamatkan musim 2000/01 dengan menyertai Milwall pada hari terakhir jendela perpindahan. Dengan terjadinya perpindahan tersebut, Cottee bermain untuk 4 kelab dalam masa semusim.