Tony Adams Hantar Permohonan Bagi Mengisi Jawatan Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Singapura

Tony Adams

Bekas pertahanan dan merupakan legenda Arsenal, Tony Adams dilaporkan telah menghantar permohonan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Singapura.

Permohonan itu dibuat bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pengendali terdahulu, V Sundramoorthy setelah prestasi hambar dipamerkan skuad kebangsaan Singapura dengan hanya mencatatkan tiga kemenangan, lima keputusan seri dan 15 kekalahan.

Keadaan yang mengakibatkan Singapura berada di tangga ke-173 dalam ranking dunia FIFA.

Menurut laporan Channel NewsAsia yang menghubungi pengurus berusia 51 tahun itu, beliau berkata:

”Terdapat beberapa peluang di Eropah tetapi saya tahu bahawa Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sedang mencari ketua jurulatih yang baru.”

Seperti diketahui umum, Tony Adams merupakan pertahanan kental ketika kariernya dan memberikan sumbangan yang begitu berkesan sepanjang 22 tahun beliau berkhidmat bersama Arsenal.

Arsenal turut mengabadikan patung beliau di luar Stadium Emirates bagi memberikan penghormatan atas sumbangan besar Tony Adams buat kelab London tersebut.

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 10: The Tony Adams statue is seen outside the stadium ahead of the Barclays Premier League match between Arsenal and Everton at Emirates Stadium on December 10, 2011 in London, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Manakala perjalanan karier sebagai pengurus tidaklah begitu memberangsangkan buat Adams apabila beliau meletakkan jawatan di Wycombe Wanderers pada tahun 2004 selepas kelab tersebut terjerumus ke League Two.

Tahun 2009 menyaksikan Adams mencuba nasib untuk membimbing Portsmouth, namun masih juga gagal apabila kelabnya hanya mampu mencatatkan 10 mata daripada 16 perlawanan yang dilalui hingga menyebabkan beliau dipecat.

Tugas terakhir beliau adalah pada musim lalu apabila dilantik sebagai pengurus Granada yang ketika itu saingan hanya berbaki tujuh perlawanan sahaja lagi dan kelab itu berada di dasar La Liga.

Tony Adams gagal membantu Granada mencatatkan sebarang untuk tewas pada baki kesemua perlawanan tersebut.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN