Tonton EPL Dengan Kodi Di England, Pesalah Akan Didakwa, Internet Akan Dipotong!

Mahkamah Tinggi UK telah mengeluarkan ‘perintah sekatan’ kepada pengguna Kodi Box yang menggukannya untuk menonton EPL pada musim hadapan.

Jika ditangkap, pesalah akan didakwa di mahkamah. Hukuman, denda dan talian internet (wired) akan dipotong. Hakim kemudian akan memutuskan sama ada pesalah boleh menggunakan internet semula ataupun tidak.

Undang-undang ini diperketatkans selepas EPL mendakwa mereka ‘dicuri’ dengan teruk sekali pada 2 bulan terakhir EPL musim lalu.

Sebanyak 5,000 saluran haram yang menawarkan siaran EPL di Kodi Box telah disekat. Namun saluran lain tetap tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Untuk pembaca yang tidak tahu apa itu Kodi Box? Ia adalah satu set peranti yang menawarkan siaran tv atas talian dengan penstriman. Anda cuma perlu ada internet untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Ada banyak saluran yang sah. Tetapi lebih banyak saluran yang diharamkan terutama sekali plug in yang melibatkan sukan dan filem. Satu set Kodi box di UK berharga sekitar £20.

Pihak EPL risau gejala ini akan mengganggu keuntungan mereka dari segi hak penyiaran. EPL mahu terus menjadi kuasa besar dalam hak penyiaran.

Berhati-hati jika kotak dimuatkan sebelum memuatkan langganan langganan, TV dan filem secara percuma.

Biasanya kotak ‘penuh’ membolehkan pengguna menonton perlawanan Liga Perdana atau Filem Wayar tanpa membayar yuran langganan.

EPL gembira dengan keprihatinan kerajaan di atas isu ini. Ia juga diharap akan membuatkan pengguna Kodi Box sedar akan risiko yang bakal mereka hadapi jika menonton siaran EPL haram.

Sumber

Daily Mail – http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-4735302/Premier-League-Kodi-Box-streaming-blocking-order.html#ixzz4o3YMyBrG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN