Tonggak Skuad Malaysia B-23 Harapan Tan Cheng Hoe Hadapi Kelayakan Piala Dunia

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dijangka akan memanggil lebih ramai pemain daripada skuad Malaysia B-23 ke kem latihan pusat bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022 pada bulan Jun ini.

Sebelum ini khidmat beberapa pemain muda tidak dapat digunakan untuk kejohanan Piala AirMarine berikutan terlibat dengan tugasan dalam kelayakan AFC B-23 di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Antara tonggak skuad Malaysia B-23 yang dijangka akan menyertai skuad senior ialah Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syamer Kutty, Syahmi Safari dan Nik Akif Syahiran.

“Untuk aksi play-off menentang Timor Leste, saya harap dapat menurunkan barisan terbaik. Saya berkemungkinan besar dapat menyenaraikan semula tonggak skuad B-22 negara dan kehadiran mereka sedikit-sebanyak akan memantapkan pasukan kebangsaan.

“Saya mahu pemain-pemain fokus terhadap latihan dan mereka perlu berikan komitmen 100 peratus,” katanya dalam Stadium Astro.

FOTO: FAM

Kejayaan 4 pemain muda iaitu Safawi, Akhyar, Syahmi dan Syamer yang pernah membantu Malaysia muncul sebagai naib juara Piala AFF tahun lalu telah menyakinkan Cheng Hoe untuk memberi kepercayaan penuh kepada pemain muda.

Pada masa yang sama, Cheng Hoe menjelaskan ia tidak bermakna khidmat pemain senior yang mempamerkan prestasi terbaik dalam liga domestik akan disisihkan.

“Keempat-empat pemain berkenaan pernah bersama skuad senior dalam Piala AFF 2018 dan mereka memberikan impak terbaik, sama seperti pemain-pemain yang lain.

“Namun, sesetengah pihak mengatakan pemain senior sudah tidak lagi relevan untuk mewakili pasukan kebangsaan tetapi prestasi mereka dalam liga juga memberi saya pilihan untuk membuat percaturan buat pasukan kebangsaan,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN