Tonggak Pertahanan Indonesia Makin Ampuh Bersama Gillingham FC Di England

Pemain bintang Indonesia, Elkan Baggott jelas semakin mencuri tumpuan aksi beliau di England apabila terbaharu berjaya membantu kelab diwakilinya, Gillingham FC mencatat kemenangan.

Pemain tersebut menjadi antara tonggak yang berjaya membawa kelabnya untuk mara ke pusingan ketiga bagi aksi Carabao Cup semalam setelah menumpaskan Exeter City menerusi penentuan penalti.

Aksi positif Baggott tersebut pastinya mendapat perhatian khusus bagi Shin Tae-yong untuk mendapatkan khidmat beliau untuk bersama skuad kebangsaan mereka menghadapi Curacao pada bulan September ini.

Walaupun berstatus pinjaman dari Ipswich Town, Baggott jelas menjadi pemain tonggak buat Gillingham pada musim ini di posisi pertahanan kelab.

Pertahanan berusia 19 tahun ini sudah pun tampil beraksi sebanyak lima perlawanan bersama kelab baharunya itu serta terlibat dalam aksi Carabao Cup untuk bermain sepanjang 90 minit.

Dalam aksi yang berlangsung semalam di Stadium Priestfield, Baggott beraksi dalam kesebelasan utama selaku salah seorang pertahanan dengan penggunaan formasi 3-4-3.

Bersama dua lagi rakan pertahanan kelab, mereka berjaya mengekang lawan daripada mendapatkan sebarang gol dan mengheret ke penentuan penalti sebelum Gillingham memenanginya.

Menerusi kemenangan tersebut, skuad kendalian Neil Harris berjaya mendapatkan slot ke pusingan ketiga dalam saingan tersebut, dan mereka berpeluang untuk berdepan lawan lebih hebat dari English Premier League (EPL).

Baggott boleh dikatakan sangat konsisten aksi beliau setakat ini bersama Gillingham dalam membentuk kombinasi pertahanan yang ampuh.

Pada perlawanan lalu dalam saingan League Two, Baggott telah terpilih sebagai antara pemain kesebelasan terbaik mingguan ketika bertemu Walsall.

Disebabkan kejayaan beliau menjadi antara pemain terbaik mingguan, pemain ini juga telah disenaraikan dalam akhbar mingguan di sana.

Persembahan yang dipamerkan Baggott dilihat dapat membantu skuad kebangsaan Indonesia tidak lama lagi di barisan pertahanan berdasarkan pengalaman beliau di England.

Menurut CNN Indonesia, perlawanan persahabatan tersebut bakal berlangsung pada 24 September ini dan aksi kedua pula bersambung tiga hari kemudian di lokasi yang berbeza.

Curacao bakal menjadi ujian terbaik buat Indonesia untuk menguji kekuatan penuh mereka di segenap posisi, memandangkan lawan tampil dengan ranking yang jauh lebih baik ketika ini.

Indonesia yang kini berada di ranking ke-155 dilihat dapat melonjakkan kedudukan mereka kepada lebih baik sekiranya berjaya mencatat keputusan positif dalam dua perlawanan tersebut.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN